Latest News

Saturday 16 September 2017

Cerita Pembangkang Adalah Cerita Mengelirukan Rakyat

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) PERLUKAH 16/09 DIBANGGAKAN?... Oleh FB Edward Stephen Edward Stephen (screenshot) (screenshot) (screenshot)

Cerita yang dipaparkan, merupakan pendekatan kumpulan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM), di mana mereka itu, mentafsir sejarah berasaskan acuan mereka pada masa sekarang, bukannya berasaskan keadaan masa lalu.

Tujuan mereka itu, memesong sejarah, untuk menjustifikasikan gerakan mereka keluar daripada Malaysia.

Di akhir tulisan yang bercelaru itu, penulis itu, cuba berbohong di tengah hari bolong berkaitan pembangunan Sabah dan wakil-wakil rakyat Sabah.

Mari kita ulas

Latar Belakang Persekutuan Malaysia.

AFS tidak ingin menulis panjang lebar, tetapi cukup menulis latar belakang pembentukan Persekutuan Malaysia.

Persekutuan Malaysia, pada awalnya terdiri daripada 4 wilayah, iaitu Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah.

Dalam istilah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, apabila beberapa wilayah bergabung dan membentuk Persekutuan yang dikenali juga federasi, maka gabungan itu diiktiraf sebagai sebuah negara. Berbagai istilah digunakan antaranya, United States Of Amerika, Union Socialist Of Soviet Russia, United Kingdom, bagi berbagai wilayah yang bergabung bagi membentuk sebuah negara.

Tidak terkecuali Persekutuan Malaysia, ianya juga terbentuk menerusi penggabungan antara beberapa wilayah.

Pada 9 Julai 1963, telah ditandatangi PERSETUJUAN pembentukan Persekutuan Malaysia di London. Ekoran daripada persetujuan itu, maka pada 22 Julai tahun yang sama, British sebagai penjajah memerdekakan Sarawak, dan Sabah pada 31 Ogos 1963. Persekutuan Tanah Melayu telah dimerdekakan pada 31 Ogos 1957.

Bukti nyata, bahawa Sabah dan Sarawak telah merdeka, apabila pengistiharan Hari Malaysia pada 16 September 1963, Sarawak dan Sabah sudah mempunyai Ketua Menteri dan TYT.

Sebenarnya, British memilih 31 Ogos 1963, di mana tarikh itu sama dengan Hari Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, supaya tidak timbul kecelaruan tarikh di masa depan. British sudah meramalkan, bahawa akan ada rakyat Sabah dan Sarawak dikemudian hari yang terlebih pandai, mempergunakan perbezaan tarikh itu untuk mengelirukan rakyat.

Oleh kerana atas permintaan Perdana Menteri Singapura- Lee Kuan Yew masa itu, agar tarikh diundurkan pada 16 September, kerana beberapa masalah pentadbiran perlu diselesaikan, khususnya penyiapan laporan IGC yang berkaitan dengan tuntutan Filipina dan halangan daripada Indonesia. Selain itu, semasa pengistiharan Hari Malaysia, Ketua Menteri Sabah dan Sarawak serta TYT boleh hadir sebagai wakil sebuah wilayah yang merdeka.

British bersetuju kepada penangguhan itu selama 16 Hari, dan atas sebab itulah Hari Malaysia diistiharkan pada 16 September 1963. Perbezaan 16 hari bukanlah masalah besar, kerana yang paling mustahak, naiwatu British melepaskan kuasanya bermula pada 31 Ogos 1963.

Dalam pembentukan Persekutuan Malaysia, Sabah dan Sarawak diberi beberapa keistimewaan, dan kesistimewaan itu kekal sehingga kini, iaitu hak imigresen , hak tanah dan hak terhadap kerajaan tempatan, di mana keistimewaan itu tidak terdapat di 11 negeri di Semenanjung/Tanah Melayu.

Apapun istilah dipanggil terhadap Sabah dan Sarawak selepas itu, apakah berbentuk negeri ke-12 atau ke-13, hanya berubah daripada segi urutan sahaja, akan tetapi tidak mengubah apa-apa daripada segi keistimewaan. Adalah cukup ganjil, dalam sesebuah negara, ada negara, sebab itu di negara-negara yang mengunapakai, federasi atau gabungan, tidak merujuk kepada negara, akan tetapi sebagai states, seperti mana diamalkan di Amerika, atau di USSR, sebelum federasi USSR itu runtuh.

Mengapa menyambut Hari kemerdekaan ke-60, sebabnya, sudah diiktiraf oleh PBB, bahawa tarikh meredekaan sesebuah negara hendaklah mengikut tarikh terawal, bukannya yang kemudian. Cuba cek digoogle atau sejarah Amerika, mengapa Negara itu memilih Hari kemerdekaan pada Tahun 1776, sedangkan negara itu ditemui pada Tahun 1402, oleh Columbus.

Pembangunan Sabah dan Para Wakil Rakyat

Pembangunan Sabah

Pada Tahun 1963, Sabah bermula daripada kosong, manakala Semenanjung/Persekutuan Tanah Melayu sudah maju ke depan. Pada masa itu, jika diibaratkan berlari 100 meter, Persekutuan Tanah Melayu sudah di jarak 50 meter, manakala Sabah baru bermula pada garis permulaan. Jelas sekali, Persekutuan Tanah Melayu akan sampai ke garis penamat terlebih dahulu.

Pembangunan bukan berasaskan lampu aladdin, keluar asap, makanan tersedia di atas meja. Pembangunan memerlukan masa, selain itu pembangunan memerlukan dana.

Sebelum pembentukan Persekutuan Malaysia, para pemimpin Sabah di bawa melawat Tanah Melayu. Para pemimpin Sabah itu di bawa melihat kemajuan wilayah itu. Jika Sabah menyertai Persekutuan Malaysia, maka suatu hari, Sabah juga akan maju seperti itu.

Sebenarya, pembangunan Persekutuan Tanah melayu bermula sejak Tahun 1948 lagi. Adalah adil diperkatakan, keaadaan Sabah pada Tahun 1963 adalah sama dengan keadaan Tanah Melayu pada tahun 1948. Apabila Tanah Melayu telah maju pada Tahun 2017, berbanding Sabah, menunjukkan bahawa pembangunan dan kemajuan itu, berasaskan masa dan dana. Pembangunan dan kemajuan itu, sebenarnya tidak pernah berhenti, pembangunan dan kemajuan berjalan mengikut atau selari dengan masa.

Lihat sahaja, pembangunan Sabah pada hari ini, sesuai dengan masa 54 tahun, maka pembangunan dan kemajuan 54 tahun telah kenampakan, demikian juga pembangunan dan kemajuan Semenanjung sejak Tahun 1948, menggambarkan kemajuan sejak masa itu.
Siapa Kata Wakil Rakyat Made In Malaya?

Boleh kah pengguna facebook itu sebutkan, seorang sahaja, wakil rakyat Sabah berasal daripada negeri lain? Atau sejak bila, sabah diperintah oleh pemimpin daripada negeri lain?

Kalau pengguna facebook itu tidak dapat menyebut seorangpun pemimpin atau wakil rakyat Sabah daripada negeri lain, makna kata, pengguna facebook itu, bukan sahaja menipu dirinya, akan tetapi juga mahu me-reka-reka cerita yang tidak pernah wujud.

Kepada pelayar media sosial, anda kena berhati-hati, terhadap hujah pengguna facebook seperti ini, kerana pengguna laman sosial seperti ini, merupakan sebahagian daripada beberapa orang menggunakan laman sosial, menyimpan maklumat sampah di alam maya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook