Latest News

Monday 25 September 2017

Hak Sabah dan Sarawak: Apa Kata Tun Dr Mahathir?


1. Terlihat sangat bagaimana Tun Dr Mahathir menangkis dakwaan bahawa Hak Sabah dan Sarawak terhakis bukannya dizaman beliau atau Perdana Menteri Malaysia yang lain, melainkan semasa zaman Tun Razak Hussien dan Dato Seri Najib Razak.


2. Menerusi satu perjumpaan di Kuching pada Ahad, sempena lawatan Mantan Perdana itu ke Sarawak sebagai pemimpin pembangkang, beliau memberitahu hadirin, bahawa hak Sabah dan Sarawak berkaitan minyak dan jarak lebar kawasan laut, dilaksanakan oleh bapa dan anak tersebut.

3. Akta Petrolium negara Tahun 1974 yang membolehkan penubuhan syarikat minyak negara Petronas, yang mana menerusi akta itu, negeri-negeri pengeluar minyak dibayar 5% secara tunai daripada pengeluran kasar.

4. Manakala Akta Wilayah Laut dirangka pada Tahun 2012, di mana akta itu menstipulasi, bahawa hak negeri hanya terhad 3 batu nautika daripada pantai, manakala Persekutuan 12 batu nautika.

5. Apa yang tidak diberitahu oleh Mantan Perdana itu, bahawa selama 22 tahun pemerintahan, beliau mempergunakan akta Petrolium Tahun 1974 secara terus menerus menafikan hak-hak Sabah dan Sarawak, termasuk tidak membenarkan dua buah negeri itu menubuhkan syarikat minyak sendiri.

6. Demikian juga, mantan Perdana Menteri itu, tidak memberitahu bahawa Sabah dan Sarawak dapat menubuhkan syarikat minyak sendiri dizaman DS Najib Razak. 

7. Tun Dr Mahathir juga tidak memberitahu rakyat Sabah dan Sarawak, selama 22 tahun pemerintahan beliau, telah mengabaikan pembangunan dan kemajuan dua buah negeri itu daripada hasil minyak, melainkan menumpukan pembangunan di Semenanjung mempergunakan hasil minyak membina Menara Berkembar Petronas, Membina Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), membina Pusat Pentadbiran Baru Persekutuan (Putrajaya), membina litar Sepang, mengarahkan Petronas memberi subsidi besar-besaran kepada TNB, selain bail-out syarikat-syarikat kroni termasuk syarikat anak beliau sendiri.

8. Selama 22 tahun, pemerintahan mantan Perdana Menteri itu (1981-2003), tidak memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak memegang jawatan penting dalam kabinet Persekutuan, melainkan hanya dilantik ke jawatan-jawatan berkaitan koperasi, tanah, buruh dan wilayah persekutuan. 

9. Sama halnya juga berkaitan pembangunan, khususnya pembangunan infrastruktur termasuk kemudahan asas, seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik dan jalan-jalan perhubungan, dinafikan selama 22 tahun oleh mantan Perdana Menteri itu.

10. Pengerusi parti PPBM itu, tidak memberi tahu rakyat, bahawa Lebuh Raya Pan Borneo yang diumumkan oleh Perdana Menteri Pertama Negara- Tunku Abdul Rahman Al-Haj yang menjadi kenyataan semasa pemerintahan DS Najib Razak. 

11. Ramainya pemimpin Sabah dan Sarawak menganggotai kabinet Persekutuan termasuk memegang jawatan kanan, seperti Menteri Kerjaraya, Menteri Luar, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah, Menteri Perumahan, Menteri yang mengawal Ekonomi, Menteri yang menjaga tenaga, menteri yang menjaga sumber alam dan tanah berlaku dizaman pemerintahan DS Najib Razak. 

12. Malah bagi Sabah, telah mengakui, bahawa sumbangan peruntukan kepada negeri itu , sumbangan dizaman DS Najib Razak sebagai Perdana Menteri kalau dijumlahkan telah melangkaui sumbangan 5 Perdana Menteri terdahulu.

13. Rakyat Sabah dan Sarawak, perlu meneliti dan menilai kenyataan-kenyataan Tun Dr Mahathir, bagaimana mantan Perdana Menteri itu begitu hebat menyalahkan pihak lain, bagaiamana beliau meletakan kesalahan kepada pemimpin lain, bagaimana beliau mengambil peluang dan kesempatan pada situasi dan kondisi yang dicipta orang lain.


14. Menerusi kenyataan Tun Dr Mahathir di Kuching, Sarawak benar-benar menggambarkan bahawa mantan Perdana Menteri itu, adalah seorang pemimpin yang mahir mempergunakan pihak lain, mempergunakan rakyat untuk kepentingan politik beliau.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook