Latest News

Monday 25 September 2017

Hipokritnya Tun Dr Mahathir

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) THE BEST SOLUTION FOR SABAH & SARAWAK IS … Oleh FB Page The Voice Of Borneo (screenshot)

1. Selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir bukan sahaja alergi berkaitan MA63, 18 Perkara Sarawak, 20 Perkara Sabah, malah sesiapa yang bercakap mengenainya dianggap sebagai anti-negara, dan akan atau ditangkap mengguna Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).


2. Demikian juga berkaitan royalti minyak 5%, sesiapa yang bercakap mengenainya dianggap sebagai anti Persekutuan. 

3. Kalaulah Sarawak pernah menjadi kerajaan yang membangkang Persekutuan, maka akan berlaku seperti mana dialami Sabah dan Terengganu.

4. Di Sabah selama 9 tahun, mantan Perdana Menteri itu menafikan hak-hak Sabah berkaitan minyak, malah di Terengganu bermula Tahun 1999-2004, royalti minyak ditukar kepada wang ikhsan, dan tidak dibayar kepada kerajaan yang memerintah.

5. Mengapa dihujung senja, Tun Dr Mahathir mahu bercakap berkaitan MA63, 18 dan 20 Pekara, malah termasuk royalti minyak? Terlihat sungguh bagaimana mantan Perdana Menteri itu mengamalkan poltik hipokrasi dan politik menghalalkan cara.

6. Selama lebih 30 tahun, Lim Kit Siang adalah musuh utama politik Tun Dr Mahathir, demikian juga sebaliknya. Kini mereka bergabung. Gabungan dua pemimpin itu merupakan tahap hipokrasi paling hebat abad ini.

7. Apa kah rakyat Sabah dan Sarawak, mahu menjadi sebahagian politik hipokrasi? mahu menjadi kuda tunggangan dua pemimpin itu untuk menjayakan politik menghalalkan cara? demi mencapai tujuan politik masing-masing!!!!.

8. Rakyat Sabah dan Sarawak kena tepuk dada dan tanya selera.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook