Latest News

Thursday 28 September 2017

Ismaily Bungso- Menafikan Jumpaan SPRM dan Mahkamah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) ASYIK TUDUH SHAFIE...Oleh FB Ismaily Bungsu Sabah (screenshot)

Pada Oktober 2016, SPRM menangkap Pengarah, Timbalan Pengarah dan beberapa pegawai daripada Jabatan Air Sabah (JAS) berkaitan dengan dana RM3.3bilion KKLW di bawa kawalan Datuk Shafie Apdal untuk Bekalan Air Bersih Luar Bandar (BALB), akibat tindakan susulan Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan, berkaitan TIDAK selesainya BALB walaupun dana sebesar itu telah dibelanjakan seluruhnya.


Kerajaan Negeri Sabah, tidak dapat mengesan, di mana wang itu dibelanjakan, kerana kemudahan BALB yang sepatutnya sudah selesai, tidak menujukkan adanya projek seumpama itu di lapangan.

Akibat kemuskilan kerajaan Negeri tersebut, maka SPRM membuka kertas siasatan. Selama lebih setahun diperlukan untuk menjalankan siasatan, dan akhirnya tangkapan dilakukan pada Oktober 2016.

Kini, kes penyelewengan dana KKLW itu sudah menjadi kes Mahkamah, dan menunggu dibicarakan.

AFS, tidak dapat mengulas kelanjutan kes ini, kerana akan menjadi tindakan prejudice.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook