Latest News

Monday 25 September 2017

Jake Jikulin Nointin Keluar PBS- Tiada Impak jelas Maximus

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Semua ini berlaku kerana beliau ingin menjadi calon... Oleh FB Page Tulun Sabah  (screenshot)

Sebagai contoh, keluarnya SAPP daripada Bn, maka ada kawasan kaum cina ditawan pembangkang, demikian juga keluarnya Datuk Wilfred Bumburing, ada kawasan KDM jatuh ke tangan pembangkang, demikian juga Datuk Lajim Ukin, walaupun tiada impak keseluruhan terhadap kawasan bumiputera islam, akan tetapi DUN Klias berjaya beliau tawan sebagai pembangkang.


Berkaitan keluarnya Datuk Jake Jikulin Nointin daripada PBS, memang tiada impak secara keseluruhan, akan tetapi berimpak di Keningau dan Tenom. Kalau di Parlimen Tenom mantan Ketua Pemuda PBS itu dapat membawa 800 pengundi BN, maka kawasan tidak selamat bagi Bn lagi, demikian Dun Liawan, tidak selamat lagi.

Memang secara keseluruhan tindakan Ketua Pemuda PBS itu keluar parti tidak berimpak, sebabnya kawasan-kawasan lain tidak akan terpengaruh dengan tindakan itu.

Sabah mempunyai 60 DUN, parti yang mendapat 31 kerusi akan membentuk kerajaan. Bagi parti Bn, mendapatkan kerusi sejumlah itu bukanlah terlalu sukar.

Tindakan Jake keluar daripada PBS akan hanya sedikit impak kepada kepada kawasan-kawasan KDM, itupun hanya tertumpu di kawasan Pedalaman.


  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook