Latest News

Monday 18 September 2017

JANJI WARISAN, JANJI MUSTAHIL UNTUK RAKYAT SABAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) BN is afraid of Warisan momentum and vision for Sabah... Oleh FB Junz Wong (screenshot)

Rakyat Pulau Pinang benar-benar tertipu, apabila mengundi DAP, kerana parti itu berjanji akan menyelesaikan masalah banjir dalam masa 6 bulan, memansuhkan semua bayaran tol di negeri itu, memberikan air percuma, menurunkan bayaran sewa gerai.

Selepas memerintah Pulau Pinang, masalah banjir bukan saja tidak selesai, malah semakin buruk, tiada bayaran tol yang dimansuh, tiada air percuma, akan tetapi kenaikan caj air, tiada bayaran sewa gerai diturunkan, malah dinaikkan 3 kali ganda.

Demikian juga janji parti Warisan Sabah, kononnya akan membina laluan kereta-api ke Kudat, kemudiannya membina Pelabuhan Kudat. Tujuan apa? Apa kah terlalu ramai rakyat Kudat? atau kah kawasan Kudat itu adalah kawasan industri? sehingga memerlukan pengangkutan kereta api? Janji demikian, merupakan janji gajah putih, kerana laluan kereta api dan pelabuhan dibina, ianya akan menjadi projek gajah putih, seperti mana loji-loji air yang dibina semasa Datuk shafie Apdal masih menteri KKLW, di mana loji-loji yang dibina itu tiada air, malah sehingga kini, menjadi projek gajah putih.

Pembangunan atau memajukan satu kawasan atau wilayah, jika wilayah itu mempunyai potensi ekonomi. Wang kerajaan tidak boleh digunakan sewenang-wenang, tanpa membawa pulangan atau impak ekonomi.

Kudat dan daerah-daerah yang menghubung dengan kawasan itu, sudah termasuk dalam lebuh raya Pan Borneo, makna kata, penyambungan dengan daerah-daerah lain akan wujud apa bila lebuh raya itu siap kelak.

Mungkin, landasan kereta api 30 tahun akan datang akan diperlukan, jika benar-benar ada keperluan, seperti mana pembinaan landasan kereta-api Pantai Timur Semenanjung terwujud selepas 70 tahun.

Jika betul lah, parti Warisan jika memerintah memperuntukan RM1bilion kepada upgrade Pelabuhan jumlah itu bukan cukuppun, membina sebuah pelabuhan. Jumlah itu, hanya projek jangka pendek, untuk kroni dapat projek. Membina sesebuah pelabuhan sekurang-kurangnya memerlukan RM5bilion.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook