Latest News

Tuesday 5 September 2017

Julfazli - Perlu Cek Mental

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Bagi pihak yang ketinggalan kereta api pasal aku... Oleh FB Jufazli Shii Ahmad (screenshot)

Keluarga pemuda itu belum terlambat untuk membawanya berjumpa doktor pakar jiwa, kerana melihat gelagatnya, akan menjurus kepada masalah lebih besar.


Pada keadaan sekarang, mungkin tindakannya hanya dalam bentuk tulisan, akan tetapi, lama-lama akan menjurus kepada perbuatan fizikal termasuk mencederakan orang lain.

Gejala penyakit mental memang dihadapi pemuda ini. Penyakit mental boleh menyerang seseorang, jika seseorang itu asyik menghayal, kemaruk nama glamour dan apatah lagi kemaruk ingin berkuasa.

Individu yang diserang penyakit mental, biasanya, apabila seseorang itu tidak mampu mengawal ingin peribadi, hilang pertimbangan, dan tiada kemampuan lagi mengukur baju di badan sendiri.

Pemuda ini, sangat terpengaruh dengan kehebatan peribadinya dalam akademik, namun kehebatan itu tidak dapat menterjemahkan keinginannya. Gejala mental pemuda ini bermula, apabila tewas dalam pemilihan ahli Parlimen Belia Sabah.

Sejak kegagalan itu, maka gejolak dalam jiwa pemuda itu, membuak-buak, untuk mendapatkan nama, demi glamour. Dia mahu menunjukkan, bahawa para belia Sabah tersalah pilih perwakilan, kerana dia lebih glamour berbanding yang menang.

Untuk mejadi popular, dia memilih membuat berbagai dakwaan terhadap Ketua Menteri Sabah, kerana menerusi tindakan itu, dia akan cepat popular.

Selepas pihak PDRM dan SSKM menangkap dan mencari tahu keadaan pemuda itu, memangpun dia berada dalam dunia khyalan, namun belum ke tahap untuk di hantar ke Tanjong Rambutan atau Pulau Jerjak, kerana dakwaan-dakwaannya, masih bersifat mencari glamour sendiri, lagipun dakwaannya tidak mempunyai kebenaran, dan sama dengan dakwaan anak-anak kecil. 

Dakwaan-dakwaannya tidak berimpak, kerana setiap dakwaan itu dapat ditelurusi oleh sesiapa juga, tetapi langsung tidak benar.

Oleh kerana pemuda ini, dianggap kurang siuman, maka untuk sementara tiada tindakan lanjut, apa kah mendakwanya atau menghantarnya ke Tanjong Rambutan. Keluarga pemuda itu perlu bertindak awal untuk menyelesaikan masalah pemuda ini dengan cepat merujuk kepada doktor pakar jiwa.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook