Latest News

Friday 22 September 2017

Jumpaan Survei Bukan Fakta Sebenar

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Di Sabah urang-urangnya palui, bedugang, bongo, suka rasuah... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)

Jumpaan survei, tidak pernah menggambarkan keadaan sebenar. Pada tahun 2015, sebelum pilihan raya Singapura, menurut survei di negara itu, parti People Action Party (PAP) bakal kehilangan banyak kerusi kepada parti pembangkang- People Workers Party (PWP), namun selepas pilihan raya itu, PWP kalah teruk. Demikian juga, semasa pemilihan Presiden Amerika, antara Hillary Bill Clinton lawan Donald J Trump, menurut survei, Hillary akan menang mudah, buktinya, Donald J Trump yang menang. Begitu juga pilihan raya United Kingdom, menurut survei, parti Teresa May, bakal menang besar, faktanya, parti Perdana Menteri Briton itu, kehilangan suara majoriti, kalau bukan kerana kerjasama dengan parti lain, maka Teresa May kehilangan kerajaan.



Di negara kita, sebelum pilihan raya negeri Sarawak tahun 2016, menurut survei, parti Bn Sarawak bukan akan kehilangan banyak kerusi, akan tetapi akan kalah. Fakta, bukan sahaja Bn Sarawak membentuk kerajaan, akan tetapi pembangkang kalah teruk.

Demikian juga survei, kononnya Perdana Menteri tidak popular di Selangor. DS Najib Razak bukan bertanding di Selangor, beliau juga tidak akan menjadi Menteri Besar Selangor. Apapun hasil survei, di negeri itu berkaitan DS Najib Razak, sebenarnya, kurang relevan, kerana yang bertanding di negeri itu bukan beliau, akan tetapi parti Barisan Nasional.

Parti Barisan Nasional Selangor, dipengerusikan oleh Tan Sri Noh Omar. Noh yang bakal mencatur negeri itu, bukannya DS Najib. Samada Selangor ditawan Bn ataupun sebaliknya terletak kepada Tan Sri Noh Omar bersama para pemimpin Selangor.

Rakyat Selangor tahu, jika Bn menang di Selangor, pemimpin mereka adalah Noh Omar, bukannya DS Najib. 

Menang kalahnya Bn, bukan kerana DS Najib seorang, akan tetapi perlu dipikul oleh semua pemimpin Bn. Najib hanya merupakan Presiden parti Umno dan Pengerusi Barisan Nasional.

Kemenangan Bn di setiap negeri atau kawasan, banyak ditentukan oleh pemimpin negeri dan kawasan itu, bukannya oleh Presiden parti. Kalau betullah, kemenangan sesebuah parti ditentukan oleh Presiden parti, mengapa setiap pilihan raya, poster calon yang bertanding diletakkan dalam kertas undi? Kalau lah faktor kemenangan ditentukan oleh Presiden parti, maka sudah tentunya, semua kawasan diletakan nama Presiden.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook