Latest News

Friday 15 September 2017

Kelestarian Tanah Persendirian Tanggungjawab Siapa?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Jangan Tanya saya INI jalanraya ataupun bekas kawasan jerangkap Samar... Oleh FB Tj Ajamain (screenshot)

Tiada dalam kamus, mana –mana negara di dunia, bahawa tanah persendirian disediakan jalan-jalan yang diberi peruntukan oleh kerajaan.


Di Sabah, jika tanah-tanah penduduk itu termasuk dalam Geran Komunal, maka kerajaan telah membuat keputusan untuk membina kemudahan asas, seperti jalan-jalan, kemudahan bekalan elektrik dan bekalan air bersih, malah akan membina klinik-klinik kesihatan dan sekolah.

Gambar yang ditularkan pengguna facebook itu, jelas menunjukkan kawasan itu, bukan kepentingan awam, sebaliknya hanya milik individu.

Pengguna facebook itu, mungkin ada kepentingan pada kawasan itu, mungkin miliknya atau keluarga terdekatnya, atas sebab itu memviralkan di laman sosial, untuk mendapat perhatian.

Kepada pengguna facebook itu dan rakyat secara amnya, perlu diingat, tiada kerajaan yang mengeluarkan peruntukan untuk membina kemudahan atas tanah persendirian. Kerajaan hanya memiba kemudahan asas untuk kawasan-kawasan kepentingan orang awam atau orang ramai.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook