Latest News

Monday 25 September 2017

Lim Kit Siang Pergunakan Tun Mahathir ? Betul atau Bohong ?


1. Bayangkan lebih 30 tahun, Tun Dr Mahathir bermusuh politik dengan Lim Kit Siang, kemudian, bertukar 360 darjah, dan kini Lim Kit Siang pula mempergunakan mantan musuh terhebatnya itu sebagai pemudah cara untuk menjadi tunjang kerajaan Persekutuan.


2. Memang menurut dalih DAP, bagai mana parti itu boleh memerintah, sebabnya hanya bertanding 60 kerusi parlimen daripada 222. Makna kata, 162 kerusi parlimen adalah kawasan melayu/bumiputera.

3. Apa yang Lim Kit Siang sembunyikan, bahawa untuk menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah hanya memerlukan 112 kerusi parlimen. Oleh kerana DAP mempunyai kerusi 60, maka rakan partinya daripada PKR, PPBM dan Amanah hanya perlu menyumbang 52 kerusi. 

4. Jangan lupa juga, bahawa kerusi-kerusi yang disumbangkan PKR, sekurang-kurangnya 50% daripada kaum cina, sama kedudukan wakil rakyat DAP.

5. Kebiasaan di Malaysia atau negara demokrasi berparlimen, parti yang terbanyak jumlah kerusi merupakan tunjang kerajaan. Dengan kedudukan 112 kerusi Parlimen, boleh kah Lim Kit Siang menafikan, bahawa parti itu bukan tunjang kerajaan Pakatan Harapan?

6. Lebih 60 tahun, Lim Kit Siang tahu, tidak mungkin DAP menjadi tunjang kerajaan, jika melayu/bumiputera tidak berpecah.

7. Hanya melalui perpecahan kaum melayu/bumiputera, maka akan tercapai misi pemimpin DAP itu.

8. Tun Dr Mahathir, walaupun tahu, beliau dipergunakan oleh Lim Kit Siang, akan tetapi bagi menghalalkan cara politik beliau, maka beliau sanggup kehilangan asas perjuangan yang beliau laung-laungkan sejak menyertai Umno, malah beliau pernah menulis buku: Malay Delimma yang mempertikaikan kaum cina, iaitu kaum Lim Kit Siang.

9. Hanya kerana gagal menjatuhkan DS Najib Razak, mantan Perdana Menteri itu sanggup melenyapkan segala legasinya, melenyapkan status yang beliau ada, kerana mahu memperjuangkan satu keadaan ilusi atau ciptaan beliau sendiri, Menyelamatkan Malaysia.

10. Apa yang mahu diselamatkan berkaitan negara? Pertumbuhan ekonomi negara berkedudukan nombor dua selepas Negara China. Perdagangan negara, berkeadaan surplus, sejak sedekad lalu. Defisit negara berjaya diturunkan kepada 3.2%. Reseve kewangan negara mencecah AS100bilion. Aset Pertronas meningkat AS600bilion berbanding AS177bilion semasa beliau berkuasa. Tunai Petronas melebihi AS125bilion semasa DS Najib, berbanding semasa mantan Perdana Menteri berkuasa, hanya AS51bilion.

11. Alasan utama mengapa Tun Dr Mahathir mahu menjatuhkan kerajaan DS Najib Razak, hanya satu sebab, kerajaan DS Najib Razak tidak berlaku bail-out pada syarikat-syarikat negara, syarikat-syarikat kroni, tidak berlaku perjudian tukaran asing Bank Negara.

12. Mantan Perdana Menteri hanya bersandarkan kepada isu 1MDB, di mana komitmen kerajaan hanya RM1juta, walaupun syarikat itu dikatakan syarikat gergasi, kerana dengan dana pemula RM1juta mampu mendapat kemudahan kewangan daripada berbagai pihak sehingga 42ribu kali, kemudiannya dengan dana RM1juta, syarikat itu mampu mendapatkan keuntungan RM10bilion, mampu melaksanakan sumbangan sosial yang tidak terkira banyaknya.

13. Tun Dr Mahathir sebenarnya sungguh bingung, mengapa 1MDB yang mempunyai urusan berbilion ringgit, tidak memerlukan bail-out daripada kerajaan, sedangkan semasa beliau berkuasa, semua projek yang dilaksanakan, terpaksa di bail-out.

14. Kecemburan Tun Dr Mahathir terhadap kebolehan DS Najib, menyebabkan beliau mencipta maskot ilusi/fiksi- SELAMATKAN MALAYSIA.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook