Latest News

Friday 29 September 2017

MA63- Bukan Perjanjian JUAL-BELI

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Hak Sabah dalam mengurus Pendidikan dan Imigresin sendiri dimana... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)
(ii) Who made you the spokesperson for us Sabahan... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)

MA63 adalah asas pembentukan Persekutuan Malaysia. Apa yang terkandung dalam perjanjian itu, tidak boleh diubah, atau dikaji, melainkan, wajib dilaksanakan. 


MA63, bukan perjanjian jual-beli, di mana terma-terma yang kemudiannya tidak dipersetujui maka boleh diubah atau ditukar.

Menerusi MA63, telah dijelaskan hak-hak istimewa Sabah dan Sarawak, iaitu berkaitan Tanah, Kerajaan Tempatan dan Imigrasi.

Hak-hak berkaitan tanah, membawa makna sebarang khzanah yang terdapat di dalam atau di atas atau kandungan tanah itu adalah hak Sabah. Demikian juga berkaitan imigrasi, dua negeri itu, mempunyai kuasa membenar atau menghalang sesiapa sahaja memasuki dua negeri itu.

Berkaitan Kerajaan Tempatan, ada hubung kait dengan keperluan Kerajaan tempatan, seperti pengagihan elektrik, perancangan bandar atau perkampungan, pembinaan kilang-kilang, kuasa pentadbiran, perkhidmatan, termasuk pungutan cukai.

Manakala perkara yang tidak termasuk dalam MA63, bukanlah hak istimewa Sabah dan Sarawak, seperti mana keselamatan, pendidikan, kesihatan merupakan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan daripada segi pemberian peruntukan, manakala daripada segi peluang pekerjaan, memberi keutamaan kepada rakyat dua negeri itu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook