Latest News

Thursday 21 September 2017

MA63- Tidak Perlu Dibincang Tapi Perlu Dilaksanakan

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Cannot be trusted even if there are Implementation... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

Apa yang dikatakan oleh Datuk Wilfred Bumburung, bahawa MA63 tidak perlu dibincang dan laksanakan sahaja adalah betul.


Memangpun sejak Tahun 1963 sehingga kini, semua butiran dalam MA63 itu telah dilaksanakan, tiada yang tidak dilaksanakan, malah sudah 100% dilaksanakan.

Namun, ada butiran-butiran yang tidak disebut dalam MA63, seperti teknologi, pelancongan, bekalan elektrik daripada tenaga air, cukai daripada perniagaan milik rakyat asing. Perkara-perkara ini tidak disebutkan dalam MA63. Perkara-perkara inilah yang perlu dibincangkan. Misalnya CUKAI PELANCONGAN yang hangat baru-baru ini, bentuk cukai tiada dalam MA63. Sebab itu, apabila cukai itu diperkenal, maka dianggap sebagai hak Persekutuan.

Kalaulah Kerajaan Persekutuan bertindak berpaksi kepada MA63 sahaja, sudah tentu, pembinaan Lapangan Terbang, jambatan bertingkat, pembinaan loji penapis air, pembinaan empangan tidak akan diberi peruntukan oleh Persekutuan, kerana ianya bukan dalam MA63. Demikian juga memajukan sektor pelancongan, tidak akan mendapat peruntukan daripada Persekutuan kerana tidak tertulis dalam MA63.

Sebenarnya, mereka yang mabuk sangat dengan MA63, adalah mereka yang mahukan Sabah mundur dan terbelakang. Mereka itu tiada niat memajukan Sabah termasuk rakyatnya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook