Latest News

Monday 25 September 2017

Masalah PATI - Mengapa Tidak Selesai?


1. Tiap minggu, sejak berdekad, telah menjadi tatapan umum, menerusi surat khabar tempatan, atau arus perdana, ada sahaja pendatang asing tanpa izin (PATI) ditangkap. 


2. Antara yang ditangkap itu, bukan sahaja yang telah dewasa, akan tetapi termasuk kanak-kanak berumur 1 tahun. 

3. Satu pertanyaan, bagai mana kanak-kanak 1 tahun masuk ke negeri ini?

4. Manusia dalam melindungi diri mereka daripada panas terik matahari dan hujan serta udara sejuk, maka perlu tempat kediaman. 

5. Tempat kediaman itu boleh sahaja berbentuk rumah atau pondok. Jika dikaitkan dengan PATI, sudah tentunya ada hubungkait dengan rumah/pondok setinggan.

6. Pihak mana yang bertanggung berkaitan rumah/pondok setinggan? sudah tentunya Majlis Kerajaan Tempatan. Kemudiannya, tanah siapa yang dibangunkan rumah/pondok setinggan, sudah tentunya tanah kerajaan, walaupun rumah/pondok setinggan dibina juga di tapak-tapak perumahan yang sedang dibina.

7. Melihat masalah PATI yang tidak selesai-selesai di Sabah, mempunyai korelasi positif dengan rumah setinggan. Jika demikian duduk perkaranya, bagi meletakkan Sabah, sifar PATI, maka rumah/pondok setinggan juga perlu dinyahkan.

8. Jika rumah/pondok atau penempatan haram tidak dinyahkan, ratusan juta ringgit yang dibelanjakan menerusi ESSZONE/ESSCOM tidak akan dapat menyelesaikan PATI Sabah. Sebabnya, di awal tulisan ini, satu pertanyaan, bagai mana kanak-kanak berumur 1tahun boleh memasuki Sabah?.

9. Penulis yakin, satu cara yang paling efektif mensifarkan Sabah daripada PATI, maka memusnahkan semua penempatan haram atau rumah-rumah setinggan.

10. Satu undang-undang ketat perlu diwujudkan, barang siapa didapati diatas tanahnya terdapat penempatan setinggan yang diduduki PATI, maka hukuman penjara dan sebat perlu dijatuhkan. Memang, cara ini, kelihatan zalim, akan tetapi, cara inilah yang boleh membebaskan Sabah daripada masalah PATI. Fikir-fikirkan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook