Latest News

Wednesday 6 September 2017

MASALAH SAMPAH DI SEMPORNA, SIAPA PATUT DIPERSALAHKAN?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Change nothing, nothing will change... Oleh FB Mohd Azis Bin haji Jamman (screenshot)

Benar isu sampah merupakan tugas kerajaan-kerajaan tempatan, iaitu Majlis Daerah. Majlis Daerah dipengerusikan oleh Pegawai Daerah.


Sampah bukannya disebabkan oleh Majlis Daerah, akan tetapi oleh penduduk yang tinggal di kawasan majlis daerah. Apa yang malang lagi, sampah juga kontribusi daripada penduduk yang melawat ke kawasan Majlis Daerah, khususnya daerah pekan.

Mengapa sampah menjadi masalah besar Pekan Semporna? sebabnya, kawasan itu didiami rakyat yang kurang maju. Sebenarnya, sampah ada hubung kait dengan kemajuan rakyat. Semakin maju rakyat, maka masalah sampah dengan sendirinya berkurang. Demikian juga, semakin mundurnya rakyat, maka sampah akan menjadi masalah besar.

Pegawai Daerah dan kakitangan Majlis Daerah tidak akan dapat berbuat banyak, meskipun ribuan tong sampah disediakan, atau setiap saat, ada petugas membersihkan sampah, kerana jumlah pembuang sampah 100 kali ganda berbanding pembersih sampah.

Jikalau Datuk Shafie Apdal yang menjadi wakil rakyat Semporna sejak Tahun 1995, mempergunakan kapasiti beliau, termasuk 20 tahun dalam kabinet dan 11 sebagai menteri persekutuan memajukan rakyat Semporna, maka sampah tidak akan menjadi isu, kerana kemajuan penduduk atau rakyat mempunyai hubungkait yang positif terhadap sampah. Semakin maju rakyat, semakin tinggi kesedaran berkaitan pembuangan sampah. Semakin mundurnya rakyat, maka semakin ramai rakyat membuang sampah merata tempat.

Aziz Jamman berhujah, tidak menggunakan ilmu, melainkan hujah kedai kopi. Bagai mana pemimpin seumpama ini memberi alternatif kempimpinan? sedangkan fikirannya serupa dengan Presidennya yang mengabaikan kemajuan Semporna lebih 20 tahun!!!!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook