Latest News

Saturday 23 September 2017

MASIH KAH BN SABAH SIMPANAN TETAP BN?


1. Tajuk tulisan ini sedemikian rupa, sebagai reaksi terhadap gejolak yang melanda salah satu parti komponen Bn Sabah, iaitu parti PBS.


2. Jika diambang PRU-13, tiga pemimpin Bn telah keluar daripada parti masing-masing, iaitu Datuk Lajim Ukin (Umno) dan Datuk Wilfred Bumburing serta Datuk Maijol Mahap (UPKO). Akibat tindakan mereka itu, maka 12 DUN dan 3 Parlimen dimenangi parti pembangkang.

3. Menjelang PRU-14, 4 pemimpin Bn Sabah keluar daripada parti masing-masing, dua daripada Umno dan dua daripada PBS. Di pihak Umno, Datuk Shafie Apdal dan Datuk Jaujan Sambakong, manakala di pihak PBS, mantan Setiausaha Agung parti itu- Datuk Henryenus Amin, dan Ketua Pemuda parti itu- Datuk Jack Nountin.

4. Memang dipihak Bn, akan memberi komen, bahawa pemimpin hilang patah berganti, bagi menunjukkan bahawa, keluarnya pemimpin, semacam tidak berimpak kepada parti yang ditinggalkan.

5. Jika mengambil iktibar kepada tindakan 3 pemimpin Bn yang keluar daripada parti masing-masing diambang PRU-13, maka telah menyebabkan 12 DUN dan 3 kawasan parlimen jatuh ke tangan pembangkang, dan yang sungguh malang lagi salah seorang menjadi mangsa apabila Presiden sebuah parti komponen, iaitu Tan Sri Bernard Giluk Dompok kalah di Parlimen Penampang.

6. Untuk sementara, tidak dapat dipastikan, apa kah impak para pemimpin Bn yang keluar daripada parti masing-masing terhadap pencapaian Bn Sabah pada PRU-14 akan datang.

7. Jika menilai daripada segi aksi dan reaksi, seperti mana berlaku pada PRU-13, maka Shafie dan Jaujan hanya berimpak di Semporna, sementara Henrynus akan berimpak di Ranau, sementara Jack Nountin akan berimpak di Keningau dan Tenom.

8. Jika demikian kedudukannya, maka sekurang-kurangnya dua kawasan DUN di Parlimen Semporna bakal ditawan pembangkang, manakala di Ranau demikian juga, di Keningau dan Tenom, selain parlimen juga DUN akan akan ditawan pembangkang.

9. Jika mengambilkira, bahawa kecenderungan PRU-13 lalu, khususnya di kawasan KDM dan cina, nampaknya, akan banyak kawasan KDM bakal jatuh ke tangan pembangkang, demikian juga kawasan majoriti cina.

10. Melihat kepada kencederungan pengundi di kawasan-kawasan KDM dan cina, nampaknya, hanya DUN Tandek (PBS), Tanjong Aru (PBS), Kuala Penyu (UPKO), Sook (PBRS), Labuk (PBS), Kuamut (UPKO), Merotai (LDP) bakal dimenangi parti Bn, sementara kawasan-kawasan lain yang ditandingi parti komponen akan tewas. 

11. Kalaulah dipertahankan pembahagian kerusi 32 Dun (UMNO) 17 (UPKO+PBS+PBRS), 11 (LDP+MCA+Gerakan), Umno akan menang 28. Makna kata, Bn Sabah akan menang 35 DUN. Jumlah kerusi itu hanya majoriti mudah, kerana kuasa 2/3 di DUN memerlukan 40 kerusi.

12. Jika senario ini benar-benar belaku, nampaknya, Bn Sabah bukan lagi Simpanan Tetap Bn. 

13. Tulisan ini, merupakan cabaran dan juga pembangkit semangat kepada para pemimpin Bn di semua peringkat, agar berkerja keras, agar, senario pada tulisan ini tidak berlaku.

14. Parti Bn, seperti mana menurut Datuk Salleh Tun Said, mempunyai produk yang hebat, kerana mempunyai rekod, prestasi serta konsisten. 

15. Menteri Komunikasi dan Multimedia itu memetik strategi pemasaran, bahawa sesuatu produk akan dibeli pengguna atau pembeli, jika produk itu selain berjenama, juga mempunyai kualiti, tahan lasak, selain berjangka hayat panjang.

16. Parti Bn memenuhi persyaratan produk yang dimaksudkan oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah merangkap Bendahari Umno pusat itu.

17. Sayogianya rakyat/pengundi mempertimbangkan “trade mark” Bn Sabah, dan jika ianya dipertahankan, maka Bn Sabah akan kekal simpanan tetap Bn.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook