Latest News

Friday 1 September 2017

Mengapa Tulun Sabah Bodoh Sangat?!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) 54 tahun Merdeka.... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

Apabila kebodohan mengongkong diri, maka ularpun dikatakan belalai gajah. Apabila hati busuk, putihpun dikatakan hitam.



Manusia seperti Tulun Sabah, boleh dikatakan manusia kerana boleh menulis, kalau binatang sudah tentu tidak akan mampu menulis. 

Tulun Sabah ini, selain penipu juga pembohong yang tiada taranya. Mengapa penipu dan pembohong? sebabnya dirinyapun dia sanggup tipu. Emak dan bapanya pun dia sanggup tipu, apa tah lagi orang lain.

Dia bercakap soal 5% royalti minyak kononnya untuk Sabah, manakala 95% untuk Malaya. Ketara sangat pembohongan dan penipuan dia, kerana tidak mengakui, bahawa cari gali minyak memerlukan kos 85%. Daripada penjualan RM1 produksi minyak, kos adalah 85 sen, manakala keuntungan hanya 15 sen. Daripada 15 sen itulah yang dibahagi tiga, 5 sen untuk persekutuan sebagai kos menjaga kawasan cari gali, 5 sen untuk Petronas sebagai modal pusiangan dan 5 sen lagi diberikan pada negeri di mana minyak itu dipam. Negeri yang diberi 5 sen itu, hanya menyediakan kawasan, tanpa modal.

Tulun Sabah, fikir, mencari minyak di dasar laut yang beribu meter ke dalaman, macam mencari ikan karuk di sawah, tanpa modal, dengan tanganpun boleh mendapat ikan itu.

Tahu kah Tulun Sabah, Sarawak menubuhkan syarikat cari gali minyak dengan nama syarikat Petros. Modal asal RM2bilion, dan jumlah itu hanya modal permulaan, belum tentu menghasilkan apa-apa. Modal sebesar itu, boleh hangus, kerana cari gali minyak, semacam mencari jarum di tengah padang pasir. 

Industri minyak adalah industri padat modal, sebab itulah Sabah dan Sarawak serta Terengganu bersetuju dengan penubuhan Petronas pada Tahun 1974, kerana melalui penubuhan itu, syarikat-syarikat besar luar negara dapat bekerjasama antara syarikat dengan syarikat, tanpa dibebani karenah pentadbiran. Sebagai imbalan kepada kerjasama itu, maka syarikat-syarikat itu diberi pulangan yang mengiurkan, supaya dapat melabur dengan jumlah yang besar bagi tujuan cari gali minyak. Daripada jumlah pelaburan syarikat asing yang cukup besar, Petronas dijamin keuntungan 15%, dan melalui keuntungan itulah dibahagi-bahagi antara syarikat itu, kerajaan Persekutuan dan negeri di mana minyak dijumpai.

Tulun Sabah fikir, cari gali minyak, macam cari pucuk ubi di kebun atau mencari rotan di hutan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook