Latest News

Monday 18 September 2017

Parti Pembangkang, Parti Kuat "Buyuk"

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Pembangkang jangan buyuk, orang Sabah tidak akan goyang’ - Najib... Oleh FB Jaymie Jaime (screenshot)

Dalam sistem demokrasi, di mana kerajaan ditentukan menerusi pilihan raya, maka masing-masing parti mempunyai hala tuju dan perjuangan. 


Parti yang memerintah, hanya menyata sesuatu berasaskan fakta dan kebenaran. Parti yang memerintah tidak boleh menyatakan sesuatu tanpa fakta. Kenyataan parti yang sedang memerintah itu adalah kenyataan pasti. Jika berjanji, maka janji ditunaikan.

Berlainan dengan parti pembangkang. Mereka itu terdiri daripada parti air liur. Apabila berjanji, tidak perlu menunaikan janji. Mereka berjanji bulan bintang. Sebab itu, Perdana Menteri, mengatakan, jangan lah tipu rakyat dengan janji-janji buyuk. Berdosa menipu orang.

Akan tetapi, parti pembangkang, tidak peduli berkaitan dosa, yang penting melalui tipuan mereka, mereka dapat undi.

Sebagai contoh, pengundi-pengundi DUN Matunggong, Kedamaian, Bingkor mereka tipu masa PRU-13, sedangkan kawasan-kawasan itu, adalah kawasan-kawasan yang memerlukan pembelaan kerajaan. Lainlah, bagi kawasan bandar seperti Luyang, Likas, Inanam, Api-Api, pengundinya tidak memerlukan pembelaan kerajaan, kerana kawasan itu telah maju. Walaupun telah maju, wakil-wakil rakyatnya macam gila babi, apabila penduduk kawasan itu marah, terutama berkaitan sampah, banjir, malah jalan tidak diselenggara. 

Kini 5 tahun, parti pembangkang buyuk pengundi Matunggong, Kedamaian, Bingkor, dan kawasan-kawasan yang mereka menang. Sebab itulah, DS Najib Razak mengulangi, janganlah buyuk rakyat Sabah, sebabnya, rakyat sudah mengambil iktibar pada kawasan-kawasan yang dimenangi pembangkang.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook