Latest News

Thursday 28 September 2017

Pembangkang Buat Dakwaan Bohong Dan Tiada Asas

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Soalan untuk Musa Aman... Oleh FB Nordin Bin Ening (screenshot)

Tidak pernah terdengar adanya projek Land Port Kalabakan-Tarakan. Menerusi HALATUJU SABAH 2025, BLUE PRINT Pembangunan & Kemajuan Sabah tidak pernah menyenaraikan projek seumpama itu.


Untuk pengetahuan pembaca/rakyat khususnya pengguna facebook itu, Pembangunan & Kemajuan Sabah seluruhnya disenaraikan melalui HALATUJU SABAH. Jika sesuatu projek tidak terdapat dalam HALATUJU SABAH, bermakna, projek itu tidak pernah wujud.

Sebarang projek tambahan yang mengarah kepada Pembangunan & Kemajuan Sabah, akan terlebih dahulu dibincangkan menerusi Kabinet Negeri, kemudiannya mendapat kajian daripada IDS dan Bahagian Unit Ekonomi Negeri, apabila projek itu sesuai dan diperlukan (viable), maka akan dikemukakan menerusi Persidangan Dewan Undangan Negeri.

Projek yang dimaksudkan oleh pengguna facebook itu, tidak pernah dibincangkan, dan sebab itu, projek seumpama itu tidak pernah wujud.

Untuk pengetahuan pembaca/rakyat, sebarang pinjaman luar negara sesebuah negeri, perlu mendapat jaminan daripada Kerajaan Persekutuan. Lagipun, jumlah yang disebut RM750juta, jumlah itu tidak perlu pinjaman daripada luar, kerana Sabah mempunyai simpanan kewangan RM3.2bilion.

Jika Sabah, tidak mahu menggunakan wang simpanan, boleh sahaja memohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan, soft loan daripada Kerajaan Persekutuan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook