Latest News

Wednesday 13 September 2017

Pembangkang Hanya Mengemis Simpati Setiap Hari

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sibuk majukan Negarakah... Oleh FB Suara Rakyat Kunak (screenshot)


Kalaulah parti kerajaan sibuk mencari harta, mengapa sejak Merdeka kerajaan yang ditunjangi parti Umno terus memerintah?



Oleh kerana rakyat merasakan, bahawa kerajaan membela mereka, maka rakyat terus menyokong kerajaan, kecualilah di negeri-negeri yang telah maju seperti Selangor dan Pulau Pinang, mereka bagaikan kacang lupakan kulit, sementara di Kelantan kerana ketertaksubaan terhadap agama.


Cuba, lihat apa yang dilakukan pembangkang, keluar masuk kampung sepanjang masa, dengan politik retorik dan politik bulan bintang mereka.

Lihat apa yang berlaku di kawasan yang di menangi pembangkang di Sabah seperti Moyog, Kapayan, Inanam, Tamparuli, Likas dan kawasan-kawasan lain, wakil rakyatnya macam gila babi, kerana atas desakan rakyat, mereka tidak mampu menyelesaikan rakyat, dan terpaksa menyalak kepada kepada kerajaan, siang malam.

Parti pembangkang dan pemimpin hanya tahu menyalak, akan tetapi tidak mampu membela pengundi yang mengundi mereka, manakala wakil kerajaan, sibuk membawa pembangunan dan kemajuan di kawasan masing-masing.

Jika dikatakan wakil rakyat hanya mengumpul harta, mengapa wakil rakyat pembangkang tidak dimasukkan sebagai pengumul harta, sedangkan mereka itu juga wakil rakyat. Mengapa wakil rakyat kerajaan sahaja didakawa mengumpul harta?

Pengguna facebook itu, kena adil dalam membuat kenyataan, jangan hanya serakap jarang, dan membuat dakwaan membuta tuli.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook