Latest News

Tuesday 26 September 2017

PEMFITNAH: TANGGUNG RISIKO


1. Datuk Yong Teck Lee didenda membayar RM600,000 ditambah kos mahkamah RM200,000 kepada Tan Sri Harris Salleh, kerana didapati bersalah memfitnah mantan Ketua Menteri Sabah era parti Berjaya itu, kononnya terlibat dengan musibah double six yang mengorbankan Tun Mohd Fuad Stephens dan beberapa anggota kabinet Sabah pada 6 Jun 1976, apabila pesawat jenis Nomad buat Australia terjunam di Sembulan, Kota Kinabalu.


2. Nampaknya kaki fitnah, semakin hari merasa bahang perbuatan mereka. Sebelum ini, Naib Presiden PKR yang juga MP Pandan- Rafizi Ramli didenda membayar lebih RM300,000 kepada Datuk Dr Mohammad Salleh Ismail suami kepada Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, kerana memfitnah, kononnya dana NFC digunakan membeli kondo.

3. Rafizi diistiharkan muflis pada 12 September, kerana gagal membayar denda, meskipun pemimpin PKR itu mendapat derma wang daripada orang ramai berjumlah RM1.5juta.

4. Bukan itu sahaja, surat khabar arus perdana seperti Utusan Malaysia, juga beberapa kali didenda kerana membuat laporan fitnah, khususnya kepada pemimpin pembangkang, seperti Lim Guan Eng.

5. Penulis bersetuju sangat, agar denda yang diputuskan mahkamah berkaitan fitnah, perlu satu jumlah yang tinggi, sebagai pengajaran kepada mereka yang mengambil pendekatan fitnah apakah dalam arena poiltik atau bukan.

6. Bermula daripada sekarang, sesiapa sahaja yang merasakan difitnah perlu menggunakan mahkamah, supaya pihak-pihak yang suka sangat memfitnah, bukan sahaja dapat dikurangkan, akan tetapi perlu menuju kepada sifar fitnah.


  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook