Latest News

Thursday 21 September 2017

Pemimpin WARISAN (Darell) Ini Macam Nyanyuk

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Darell Leiking cabar Zahid Hamidi dan Kabinet Persekutuan BN untuk debat tentang RCI mengenai PTI di Sabah... Oleh FB Page Demi Sabah – Kelab Penyokong Darell Leiking (screenshot)

Nak debat dengan Zahid? tidak perlu cabar-cabar, sebab MP Penampang itu, tiada larangan berdebat dengan Zahid di Parlimen.


Darell bebas bercakap di Parlimen berkaitan RCI PATI Sabah. Untuk rekod, sejak Laporan RCI PATI Sabah diumumkan pada Disember 2014, TIADAPUN MP Penampang itu mempersoalkan kandungan laporan itu di Dewan Rakyat. Mengapa kalau bercakap dengan rakyat yang tidak terlibat berkaitan RCI itu, Darell menunjukkan kejagoan?

Darell mempunyai peluang yang cukup luas jika dia mahu mengemukakan cara penyelesaian berkaitan PATI. Dia boleh membuat cadangan tanpa sekatan menerusi Parlimen atau Jawatan Kuasa Bertindak berkaitan Laporan RCI PATI yang ditubuhkan.

Oleh kerana Darell tidak mempunyai idea atau cadangan, maka dia mahu menunjukkkan kejagoan di depan rakyat, tujuannya, hanya mahu mengelirukan rakyat untuk tujuan politik.

Inilah masalah kepada pemimpin parti pembangkang termasuk Darell, mereka suka sangat berdolak dalik. Mereka ini, sebenarnya, tidak mahu mendengar apa sahaja penjelasan atau penyelesaian daripada kerajaan. Mereka ini, setiap hari berdoa, supaya sebarang masalah atau isu termasuk PATI jangan selesai, kerana kalau selesai, mereka tiada isu lagi untuk diputar belit.

Pemimpin pembangkang, adalah kumpulan individu yang sentiasa mencipta masalah, selain menambah buruk lagi pada masalah. Mereka ini, adalah kumpulan individu yang anti kepada penyelesaian. Mereka ini ibarat pembuang sampah, mereka anti kepada tong sampah, pemungut sampah, pembersih sampah, kerana mereka minat dengan sampah.

MP Penampang itu, tidak bercakap benar di depan rakyat, berhubungan tindakan susulan kerajaan terhadap Laporan RCI PATI Sabah. Tindakan susulan kerajaan itu adalah MEMBURU, MENANGKAP DAN MENGHANTAR PULANG PATI yang ada di Sabah, sehinggakan Sabah SIFAR PATI. Jika Darell masih TIDAK faham dengan SIFAR PATI, maka dia sudah tergolong NYANYUK.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook