Latest News

Wednesday 13 September 2017

PERBEZAAN PENDATANG HARAM DI SABAH DAN PELARIAN ETNIK ROHINGYA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Begitu ramai stok PATI Projek Mykad Malaysia di Sabah... Oleh FB Page Sabah Sarawak Keluar Malaysia - SSKM (screenshot)


Pendatang haram yang memasuki Sabah, adalah pendatang yang bersifat pendatang ekonomi, bukannya pendatang kerana akibat keganasan, seperti mana berlaku terhad etnik Rohingya.


Etnik minoriti beragama islam di Mynmar itu, berdepan dengan penghapusan etnik, pemerkosaan, pembunuhan, dan tidak sepatutnya berlaku pada zaman ini.

Tindakan Malaysia, menampung sementara pelarian Rohingya, sama seperti tindakan negara ini menampung sementara pelarian penduduk islam Selatan Filipina pada tahun 70-an kerana akibat perang saudara di negara jiran itu, yang mensasarkan kepada penganut agama islam.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, menerusi agensi badan dunia itu UNHCR ( United Nation High Commissioner for Refugess) meminta Malaysia menyediakan tempat penampungan sementara, manakala kos penampungan itu ditanggung oleh badan dunia itu.

Sepatutnya, tempat penampungan itu, perlu jauh daripada lokasi penduduk tempatan, seperti mana dilakukan terhadap pelarian Vietnam yang di tempat di Pulau Bidong, serta tempat-tempat terpencil di dataran Semenanjung, akan tetapi di Sabah, di tempatkan di kawasan Kota Kinabalu, kononnya untuk memudah pemantuan, kerana di kawasan itulah terdapatnya barak-barak polis dan pejabat polis, sehingga terwujudnya “pasar Filipine”.

Oleh kerana telah berlakunya interaksi antara pelarian dan penduduk tempatan, maka pelarian, mahir berbahasa melayu, malah ada yang berintegrasi dan berasimilasi dengan penduduk tempatan, malah ramai penduduk tempatan mengawini para pelarian.

Apabila, perang saudara berlarutan di Filipina, maka kerajaan Malaysia, tidak mampu menampung kos pelarian itu, kerana UNHCR telah menarik balik bantuan kewangan. 

Kerajaan Malaysia memperkenalkan dokumen IMM13, sebagai satu dokumen, bagi membolehkan palarian mencari kehidupan sendiri termasuk bekerja.

Namun, ada pihak-pihak tertentu mengambil peluang itu, dengan mengwujudkan sindiket pemalsuan Kad Pengenalan Malaysia untuk dijual kepada para pelarian.

Oleh kerana, mudahnya mencari kehidupan di Sabah, maka pelarian yang mempunyai saudara mara di negara asal, membawa masuk saudara-saudara mereka ke Sabah, melalui berbagai cara, samada rasmi atau tidak.

Di sebabkan permintaan rakyat tempatan, khususnya peniaga, kontraktor, pekebun atau pengusaha kapal nelayan semakin tinggi terhadap mereka itu, kerana upah murah, maka berbondong-bondonglah mereka itu masuk ke Sabah, sehingga menjadi masalah besar negeri Sabah.

Kini, Sabah terpaksa berbelanja besar, termasuk kos penampungan, kos memburu, menangkap dan menghantar pulang mereka yang termasuk dalam Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Pendek kata PATI Sabah, adalah pendatang ekonomi, bukannya pendatang seperti mana etnik Rohingya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook