Latest News

Tuesday 5 September 2017

Peruntukan Persekutuan Kepada Sabah yang Sabahan perlu Tahu

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Bah..tingu kiri dan kanan kamu..betulkah Kerajaan Pusat tidak gagal... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

Kalaulah Sabah tidak mendapat peruntukan daripada Persekutuan, tidak dapat dibayangkan keadaan sekolah-sekolah-hospital- hospital, jalan raya perhubungan, pasukan keselamatan dan peruntukan lain yang disalurkan melalui kerajaan-kerajaan tempatan.



Bajet Sabah hanya bermula Tahun 2012 berjumlah hampir RM4bilion, walaupun sebanyak dua tahun melepasi RM4bilion, iaitu pada Tahun 2012 dan 2013, sedangkan keperluan perbelanjaan Sabah untuk kemudahan rakyat seperti yang disebutkan, purata pada angka RM80bilion setahun.

Pembangunan sekolah-sekolah termasuk bayaran gaji tidak kurang RM37bilion setahun, hospital-hospital kerajaan juga dengan jumlah yang hampir sama, manakala kos pembangunan lain seperti bekalan air bersih luar bandar, elektrik luar bandar, jalan luar bandar berlegar-legar pada angka RM4biion setahun, perbelajaan bagi pasukan keselamatan termasuk membina pos-pos keselamatan juga puluhan bilion ringgit.

Apa kah jumlah peruntukan itu bukan bantuan persekutuan? kalau bukan bantuan persekutuan, wang itu bantuan siapa?

Pengguna media sosial, tidak menggunakan akal dan fikiran, kerana mereka hanya tahu menaip di hujung jari, sedangkan apa yang mereka taip itu tidak diproses oleh akal dan lojik serta tidak berasaskan kepada kebenaran.

Siapa pengguna facebook itu mempertikaikan kenyataan seorang menteri, sedangkan kenyataan seorang menteri semuanya besandarkan kepada fakta, maka pengguna facebook itu, hanya bertemankan smartphone, tanpa sokongan fakta, kalaupun ada, fakta itu bukan bersumber daripada yang sahih.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook