Latest News

Tuesday 19 September 2017

Projek Jelapang Padi di Kota Belud : Apa hak pemilik tanah yang terlibat ?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Mohon pihak2 kontraktor dan Jabatan Pengairan Sabah... Oleh FB Mohamad Nuh Nuid (screenshot)

Sebenarnya, semua pemilik tanah yang terlibat dalam Projek Jelapang Padi Kota Belud, di mana tanah mereka dilalui untuk membina saluran air atau paip bawah tanah, telah maklum, bahawa sebarang pampasan untuk tanah-tanah mereka berada di Jabatan Tanah dan Ukur. Pemilik tanah yang sah, pasti tersenarai nama mereka di Jabatan Tanah dan Ukur.


Jika ada penduduk yang mengaku sebagai pemilik tanah, namun tidak mendapat pampasan, maknanya ada berkemungkinan, Tanah yang diduduki itu, adalah tanah kerajaan, walaupun penduduk yang mengaku itu, mempunyai resit permohonan, namun belum diberikan geran. Dalam kedudukan demikian, pampasan atas tanah tidak dapat dituntut, melainkan hanya untuk tanaman yang rosak atau terpaksa ditebang.

Melihat dakwaan pengguna facebook itu, nampak gayanya, dia mungkin tiada maklumat berkaitan perkara ini, dan berkemungkinan besar tidak mempunyai tanah yang terlibat dalam Projek Jelapang padi itu.

Wakil Rakyat Kawasan itu, Datuk Musbah Jamli begitu yakin, semua pemilik tanah yang terlibat dalam Projek Jelapang Padi pasti mengetahui, bagai mana pampasan boleh dituntut, dan juga mengetahui bagai mana proses menuntut pampasan itu, kerana beliau bukan sahaja kerap menjelaskannya, akan tetapi telah memberi tahu setiap yang terlibat, menerusi berbagai taklimat, termasuk oleh Persatuan Peladang Kawasan (PPK).

ADUN Tempasuk yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, akan merujukkan perkara ini kepada Pegawai Daerah, jika memang, masih terdapat pemilik tanah yang terlibat dengan Projek Jelapang Padi belum menerima pampasan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook