Latest News

Friday 1 September 2017

PRU-14: BN Sabah-Kawasan KDM dan Cina- Kaedah Apa Yang Digunapakai?


1. Jika berpaksi pada keputusan PRU-13, BN Sabah perlu lebih tiga penjuru di kawasan-kawasan KDM untuk menjamin kemenangan, sementara bagi kawasan majoriti cina, untuk sementara tiada kaedah yang boleh diguna pakai.


2. Pertembungan lebih tiga penjuru, melalui perpecahan undi yang merata antara parti-parti pembangkang boleh membawa kemenangan kepada calon-calon Bn di kawasan KDM.

3. Contoh paling ketara bagai mana calon Bn pada PRU-13 lalu boleh menang menerusi pertembungan lebih tiga penjuru berlaku di DUN Kiulu, Kundasang, Paginatan, Tambunan, Liawan, Kemabong dan Nabawan.

4. Di lain pihak, pertembungan berbagai penjuru juga boleh menyebabkan kekalahan seperti mana berlaku di DUN Matunggong, Kedamaian, Tamparuli, Inanam, Api-Api, Klias dan Bingkor pada PRU-13 lalu.

5. Melihat kepada kebarangkalian kemenangan atau kekalahan calon-calon Bn Sabah menerusi pertembungan berbagai penjuru nampaknya seimbang. Maknanya, pertembungan berbagai penjuru boleh membawa kemenangan akan tetapi juga kekalahan.

6. Dengan mengambil iktibar kepada keputusan PRU-13 lalu, penulis yakin Pengerusi Barisan Nasional Sabah- Datuk Seri Musa Aman telah mempunyai kaedah yang jitu, bagai mana mempertahankan kawasan-kawasan yang dimenangi dan bagai mana merampas kawasan-kawasan yang kalah melalui kaedah pertembungan berbagai penjuru.

7. Pada PRU-13 lalu, telah dibangkitkan berbagai cerita, jika kononnya, berlaku pertembungan sekurang-kurangnya tiga penjuru di Parlimen Sandakan, maka kawasan parlimen itu dapat dipertahankan. Namun dakwaan-dakwaan itu tidak berlaku di kawasan-kawasan Matunggong, Kedamaian, Tamparuli, Inanam, Api-Api, Klias dan Bingkor, kerana sebelum pilihan raya itu, di atas kertas, memang telah diperkirakan, hanya melalui melalui pertembungan berbagai penjuru, maka kawasan-kawasan itu boleh dimenangi seperti mana halnya dengan kawasan-kawasan Kiulu, Kundasang, Paginatan, Tambunan, Liawan, Kemabong dan Nabawan.

8. Melihat kepada kecenderungan pengundian bagi 14 kawasan DUN yang disebutkan, kawasan-kawasan itu boleh juga berpihak kepada Bn sepenuhnya atau sebaliknya. Maknanya, jika 14 kawasan itu tidak berpihak kepada Bn, makna kata, pembangkang boleh menambah 7 kawasan Dun disamping 12 kawasan yang dimenangi. Dalam perkiraan itu, belum lagi diambil kira, kemampuan parti Warisan Sabah di kawasan Pantai Timur. Jika benarlah, Datuk Shafie Apdal kuat di Pantai Timur, maka kemungkinan ADUN Sulabayan yang juga diwakili Naib Presiden parti itu boleh mempertahankan kawasan itu, dan jika Shafie benar-benar bertanding di Bugaya dan mendapat sokongan pengundi kawasan itu, maka pembangkang akan menambah dua kawasan Dun lagi.

9. Di atas kertas, berasaskan senario politik semasa, kawasan majoriti cina, seperti Sri Tanjong, Likas, Luyang, Kapayan dan Elopura, bakal dimenangi calon-calon DAP. Ertinya, pada PRU-14, Bn Sabah akan ditolak oleh pengundi-pengundi cina.

10. Menganalisa di atas kertas dengan pertimbangan senario politik semasa dan keputusan PRU-13 lalu, nampak gaya, parti Bn Sabah berhadapan kesukaran di kawasan KDM, manakala di kawasan cina, semacam peluang sudah tertutup.

11. Pada PRU-13 lalu, hanya Dun Tanjong Kapor, Tanjung Papat dan Elopura kawasan yang dianggap kawasan cina dimenangi parti Bn Sabah, manakala selebihnya dimenangi parti pembangkang.

12. Pada PRU-13 lalu juga, antara 12 kawasan dimenangi pembangkang, sebahagian besarnya adalah kawasan KDM. Jika melihat bagai mana kencderungan pengundian 7 kawasan KDM yang dimenangi Bn Sabah, ianya hanya kerana pertembungan berbagai penjuru, maka jika pada PRU-14, keadaan serupa berlaku, seperti mana dikatakan pada awal tulisan ini, ianya boleh berpihak kepada Bn atau sebaliknya.

13. Pendek kata, berasaskan keputusan PRU-13 lalu dan senario politik semasa, keadaan pada PRU-14, Bn Sabah boleh menyapu bersih 7 kawasan KDM yang dimenangi pembangkang atau 7 kawasan yang dimenangi Bn akan berpihak kepada pembangkang. Makna kata, keputusan PRU-14, Bn Sabah masih akan dapat mempertahankan sekurang-kurangnya 46 kawasan Dun, atau akan melonjak kepada 53 Dun.


14. Memang diakui, setiap pilihan raya, “mood” pengundi berbeza dengan “mood” pada PRU sebelumnya. Berdepan dengan “mood” pengundi inilah, diperlukan pendekatan jitu, tentang cara bagai mana mengurus pengundi. Mengurus pengundi, khususnya semasa musim kempen dan diambang pengundian, adalah penentu sebenar kemenangan seseorang calon.

15. Para pemimpin Sabah yang diketuai Datuk Seri Musa Aman, sudah tentunya mempunyai kaedah yang jitu, bagai mana mengurus pengundi semasa kempen dan diambang pengundian. Sama-sama kita tunggu PRU-14 yang hanya menunggu pukulan gendang.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook