Latest News

Monday 25 September 2017

PRU-14: Parlimen Kota Marudu, Keningau dan Tenom- Masih Kah Milik BN?


1. Kalau melihat keputusan PRU-13 lalu, jumlah undi pembangkang bagi Parlimen Kota Marudu, Keningau dan Tenom, masing-masing 16,998, 19,725 dan 10,523; manakala undi Bn masing-masing 15,168, 15,818 dan 9,771, walaupun kawasan-kawasan itu dimenangi calon-calon Bn tanpa undi popular, dengan majoriti masing-masing 842, 3,918 dan 3,886.

2. Kalaulah menerusi satu lawan satu, dan menganggap yang mengundi pembangkang, maka mengundi calon yang melawan calon Bn, maka tiga kawasan itu ditawan pembangkang, dengan undi majoriti masing-masing 1,830 (Kota Marudu), 3,907 (Keningau) dan 752 (Tenom).

3. Perlu diberi perhatian, Kota Marudu ditandingi Timbalan Presiden PBS, manakala Keningau oleh Presiden parti itu. Manakala Tenom daripada calon parti Umno.

4. Kalaulah kecenderungan pengundi PRU-13 berterusan pada PRU-14, dan akan berlaku, satu lawan satu, nampak gayanya, tiga kawasan parlimen itu akan hilang daripada genggaman Bn.

5. Pada keadaan sekarang, didapati di kawasan-kawasan itu, khususnya pengundi KDM, daripada 10 pengundi, 6 berpihak kepada pembangkang, manakala Bn 4, maknanya secara nisbah, kawasan itu berkedudukan 60:40 berpihak kepada pembangkang jika dilihat daripada prespektif pengundi KDM. Namun, kawasan-kawasan itu terdapat juga pengundi bukan KDM khususnya bumiputera islam. Khusus untuk bumiputera islam, masih berkedudukan 7 banding 3, 7 masih Bn dan 3 pembangkang. Berasaskan kepadaan ini, maka tiga kawasan itu masih dikategorikan berkedudukan 50:50, bukannya kawasan kelabu.

6. Jika jentera Bn dapat mengurus pengundi daripada ahli dan penyokong Umno dengan baik, tiga kawasan itu masih boleh dimenangi Bn.

7. Jika koordinasi antara jentera Bn bercelaru, besar kemungkinan kawasan itu menjadi kawasan hitam.

8. Kalaulah kawasan itu jatuh ke tangan pembangkang, bererti impak kepada kecelaruan yang berlaku dalam parti komponen berasaskan KDM benar-benar memberi impak.

9. Contoh paling ketara, apabila Ketua Pemuda PBS keluar daripada parti, hanya kerana “perebutan” calon, kerana kononnya, beliau bukan pertimbangan untuk kawasan Keniangau atau salah satu Dun di Parlimen itu, kerana pucuk pimpinan parti condong kepada calon lain.

10. Tanda-tanda kekalahan Bn di kawasan KDM, kerana perebutan calon, selain antara parti berlaku sifat ketam dan enau.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook