2. Pada PRU itu, 11 kawasan KDM dan cina dimenangi pembangkang, walaupun 7 daripada yang dimenangi itu bukan kemenangan popular.
3. Keadaan yang sama juga berlaku dipihak Bn, di mana 7 kawasan sedemikian juga dimenangi tanpa undi popular.
4. Makna kata, pada PRU-14, kawasan-kawasan yang sama keputusannya bakal berubah, samada semua berpihak kepada Bn, atau semuanya berpihak kepada pembangkang, atau keputusan mengekalkan status quo.
5. Melihat perkembangan dalam parti PBS, sejak Tan Sri Pairin “BERCADANG” untuk bersara dan tidak akan bertanding pada PRU akan datang, gejolak dalam parti yang beliau asaskan itu semakin hari semakin memuncak.
6. Nampak gayanya, kecelaruan dalam parti PBS menambah padah lagi kepada ketenatan parti itu, kerana sebagai rekod, parti itulah pada PRU-13 mengalamai kekalahan paling ramai calon, termasuk Timbalan Presiden parti itu kuota kaum cina di DUN API-API.
7. Parti Bn akan berdepan dengan keadaan yang amat getir di kawasan KDM, kerana di kawasan itu, daripada 10 pengundi kaum itu, hanya 4 menyokong Bn, manakala 4 lagi menyokong parti Warisan Sabah, sementara 2 lagi parti pembangkang yang lain.
8. Di kawasan kaum cina pula, Bn sudah ketinggalan amat jauh, kerana daripada 10 pengundi, hanya 2 menyokong Bn, sementara 6 menyokong parti DAP sementara bakinya parti Warisan.
9. Di kawasan KDM dan cina yang mempunyai pengundi bumiputera islam, daripada 10 pengundi, 5 berpihak kepada Bn, 4 kepada parti Warisan, dan bakinya pada parti Harapan.
10. Kawasan seperti Tanjong Kapor, Tanjong Papat dan Karamunting, pada keadaan sekarang berkedudukan 50:50 antara Bn dan parti Warisan atau DAP.
11. Sementara itu, kawasan Likas, Luyang, Elopura, Sri Tanjong, Kapayan, Api-Api berkedudukan 60: 40 memihak kepada DAP, manakala Kedamaian, Moyog, Inanam, Tamparuli, Kiulu, Kundasang, Paginatan, Tambunan, Bingkor, Melalap, Liawan, Nabawan, berkedudukan 60:40 memihak kepada parti Warisan.
12. Bagi kawasan Matunggong, Sulabayan dan Bogaya berkedudukan 50:50 antara Bn dan parti Warisan Sabah.
13. Berasaskan senario terkini nampak gayanya, 25 kawasan DUN bakal ditawan pembangkang, manakala Bn akan menang 35 kawasan.
14. Daripada 35 Dun yang dimenangi Bn, 28 kawasan disumbangkan parti Umno, 3 oleh PBS, 2 UPKO dan masing-masing 1 kerusi oleh LDP dan PBRS.
15. Walau bagaimanapun, Bn, boleh menambah kerusi pada pilihan raya sebenar, kerana faktor jentera, faktor pengurusan pengundi, dan faktor-faktor lain yang timbul semasa kempen, selain faktor calon.
16. Apa yang menarik kawasan-kawasan yang dimenangi parti PBS, UPKO, lDP dan PBRS, kerana sumbangan ahli-ahli Umno yang berdaftar di kawasan-kawasan tersebut.
17. Faktor pengundi ahli Umno di kawasan-kawasan yang ditandingi parti komponen, akan juga menyumbang kepada kemenangan calon-calon parti komponen di kawasan-kawasan yang ditandingi, jika pengurusan pengundi dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur. Jika ia dapat dilaksanakan dan dikoordinasi dengan baik, maka kawasan seperti Tanjong Kapor, Tanjong Papat, Liawan, Matunggong, Kedamaian, Karamunting bakal ditawan Bn. Jika demikian, maka Bn boleh menang 40 kerusi Dun. Jumlah 40 kerusi, merupakan kedudukan kuasa 2/3 di Dewan Undangan Negeri.
18. Untuki kawasan Parlimen, Bn Sabah masih boleh mengekalkan 21 kawasan, kerana satu kawasan, iaitu Keningau akan di tawan pembangkang. Parlimen Marudu, Tenom, Batu Sapi dan Tawau serta Ranau, walaupun mendapat saingan hebat, akan tetapi akan dimenangi Bn, walaupun berlakunya penurunan majoriti.
19. Pada PRU-14 akan kita saksikan bahawa DUN Bingkor bakal dimenangi calon parti Warisan, akan tetapi Parlimen Keningau bakal dimenangi mantan ADUN Bi
ngkor- Datuk Dr Jeffery G Kitingan.
20. PRU-14 juga akan kita saksikan, hanya parti Warisan Sabah dan DAP bakal menang di kawasan DUN, demikian juga di Peringkat Parlimen, sementara parti-lain akan kosong, keculai parti STAR di Parlimen Keningau.
0 comments:
Post a Comment