Latest News

Tuesday 26 September 2017

Royalti Minyak Sabah & Sarawak- Tun Dr Mahathir Salahkan Tun Razak


1. Pada Ahad di Kuching, Sarawak, terbukti, bagaimana Tun Dr Mahathir menyalahkan orang lain, untuk menutup kelemahan dan tindakan beliau.


2. Mantan Perdana Menteri itu memberitahu rakyat Sarawak, bukan beliau yang menafikan hak-hak Sarawak, sebaliknya Tun Razak dan anak Perdana Menteri ke-2 itu, DS Najib.

3. Mantan Perdana Menteri itu, merujuk kepada Akta Petrolium negara yang ditubuhkan pada tahun 1974, semasa Tun Razak Perdana Menteri.

4. Sebenarnya akta itu atas persetujuan kabinet, di mana seorang daripadanya adalah Tun Dr Mahathir sendiri.

5. Semua rakyat tahu, pada Tahun 1976, Tun Dr Mahathir merupakan Timbalan Perdana Menteri dan lima tahun kemudian menjadi Perdana Menteri.

6. Jikalah benar menurut beliau, bahawa hak Sarawak dinafikan melalui akta Petrolium Tahun 1974, semasa Tun Razak, mengapa selama 22 tahun, beliau tidak perbetulkan?

7. Contoh bagaimana kuatnya kuasa Tun Dr Mahathir, pada Tahun 2000, beliau membatalkan royalti minyak kepada kerajaan Terengganu, sebaliknya menukarkannya kepada wang ikhsan.

8. Berasaskan kepada berkuasanya mantan Perdana Menteri itu, maka jika beliau mempunyai hasrat mengkaji royalti 5% kepada negeri-negeri pengeluar, Sarawak dan Sabah, boleh sahaja beliau laksanakan, kerana suara-suara daripada dua negeri itu berkaitan ketidak puas hatian berkenaan royalti berkumandang sejak tahun terwujudnya akta petrolium itu.

9. Di Sabah, Tun Mustpaha dijatuhkan kerana isu royalti minyak, tahun 1976 berlakunya tragedi double six kerana ada keterkaitan dengan royalti minyak. 

10. Sabah hanya bersetuju dengan bayaran 5% pada Tahun 1976, apabila Tan Sri Harris Salleh menandatanganinya.

11. Suara-suara berkaitan royalti minyak sepanjang pemerintahan Tun Dr Mahathir terus berkumandang, malah ramai pemimpin yang ditangkap menerusi ISA, dengan dakwaan Anti Persekutuan.

12. Sebenarnya Tun Dr Mahathir mempunyai peluang yang banyak, jika betul beliau berfikir bahawa hak Sabah dan Sarawak dinafikan. Peluang pertama, apabila beliau dilantik Timbalan Perdana Menteri, peluang ke dua apabila beliau menjadi Perdana Menteri, peluang ke-tiga pada Tahun 2000, menerusi kedudukan beliau tiada yang membantah royalti minyak untuk Terengganu ditarik, peluang ke empat apabila menjadi Pengurusi Petronas selepas bersara, dan peluang kelima apabila beliau menjadi Penasihat kepada syarikat minyak negara itu.

13. Rakyat tahu, daripada mula, mantan Perdana Menteri TIADA niat langsung membela rakyat Sabah dan Sarawak berkaitan hasil minyak. Hanya selepas menjadi pembangkang, maka hasrat itu menjadi bahan politik beliau.

14. Tun Dr Mahathir fikir, rakyat Sabah dan Sarawak, cukup bodoh, sehinggakan tidak mampu berfikir, berkaitan tipu muslihat beliau itu. 

15. Kepada mantan Perdana Menteri itu, innuendo anda itu, sudah lapuk dan tidak bakal laku lagi.  
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook