Latest News

Monday 11 September 2017

SABAHAN PERLU TAHU PERKARA YANG TERKANDUNG DALAM MA63 TIDAK DILAKSANAKAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) JANGAN SESEKALI PERCAYA DENGAN UMNO... Oleh FB Momogun (screenshot)

Apa bah, yang terkandung dalam MA63 itu tidak dilaksana? Berbagai peluang telah diberikan, jawatan kuasa juga telah ditubuh, cakap-cakap politik berasas Hearsay juga telah dibuat, kamu tidak juga dapat menyediakan butiran atau senarai yang tidak terlaksana dalam perjanjian itu.


Mengapa pihak kerajaan tidak menyediakan butiran, sebaliknya meminta pihak-pihak yang bising sangat berkaitan perjanjian itu? sebab kerajaan Sabah tahu, bahawa telah banyak dilakukan berkaitan perjanjian itu, malah telah melangkau butiran perjanjian itu.

Sabah pada 16 September 1963, bermula dengan jalan berlopak, Malaya bermula dengan jalan bertar. Demi mengejar kemajuan Malaya, maka peruntukan berlipat ganda disalurkan ke Sabah, bukan lagi berasaskan butiran MA63, akan tetapi berasaskan kepada pembelaan kepada segenap rakyat. 

Kemajuan dan pembangunan untuk Sabah dan Sarawak bukan lagi berasaskan kepada sumbangan negeri-negeri itu, akan tetapi pendekatan adalah pendekatan keluarga besar, jika kamu makan roti, maka saya pun makan roti, jika kamu makan rendang maka saya pun makan rendang.

Jika orang malaya hanya bebelanja makan minum, maka Sabah dan Sarawak selain makan minum, terpaksa beli pakaian dan malah terpaksa membina rumah. Sudah tentu nisbah makan minum dengan kos makan minum, beli pakaian dan bina rumah lebih tinggi. Senario inilah yang berlaku antara Sabah, Sarawak dan malaya dalam MA63.

Sebenarnya, Sabah dan Sarawak menerima lebih banyak berbanding apa yang terdapat dalam buitran MA63, sebab itulah kerajaan tidak menyediakan butiran itu, kerana mengundang iri hati dan dengki.

Kepada yang berada di luar, sibuk dan bising berkaitan MA63, sebab itu, pemimpin Umno seperti Datuk Anifah Aman, mengadakan forum yang melibat semua pihak termasuk pembangkang, tujuannya, supaya mereka itu dapat memberi butiran. Malangnya, mereka itu, bagaikan pakar purba, menggali sesuatu yang tidak perlu, dan bersifat ke belakang, bukannya ke depan.

Pengguna akaun palsu, momogun sebenarnya mahu menipu dirinya sendiri, dan perbuatan menipu itu ingin pula membabitkan orang lain.

Cuba bayangkan bagai mana seseorang yang menipu dirinya, boleh mempersoalkan Umno berkaitan MA63.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook