Latest News

Tuesday 19 September 2017

Tan Sri Musa Memartabatkan Sabah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Jangan lagi kita mengharap pemimpin sepertinya... Oleh FB Pejuang Dusun (screenshot)

Hanya pembangkang yang tidak mengiktiraf bahawa Sabah dan rakyatnya telah dimartabatkan menerusi kepimpinan Tan Sri Musa Aman.


Sifat pembangkang, jelas, yang baik dikatakan buruk, yang putih dikatakan hitam, makan sedap, dikatakan basi, jalan cantik, dikatakan jalan berlubang.

Pembangkang, adalah kelompok orang yang suka menghayal, suka mendengar guruh di langit lalu menurahkan air di tempayan. Pembangkang adalah golongan orang-orang seperti tikus membaiki labu.

Pembangkang tidak mahu menerima fakta, bahawa sejak kepimpinan Musa dan Dato Seri Najib Razak, Sabah dan rakyatnya dibela, malah, kerajaan Persekutuan, telah menggariskan, bahawa pembangunan dan kemajuan Sabah perlu dilipat gandakan, agar seimbang dengan Semenanjung.

Pembangkang, hanya tahu bercakap kedai kopi, kononnya, ada hak rakyat Sabah dirampas, namun mereka satu butiranpun tidak dapat menyeraikan, hak mana yang dirampas.

Tidak pernah berlaku, kasut di depan rumah dirampas, jika kasut itu hilang, maka dicuri penagih dada. Kepada pengguna facebook itu, sejak bila, pinggan mangkuk anda dirampas? Sejak bila, pakaian dialmri anda dirampas? Sejak bila gaji atau pendapatan anda dirampas?

Pengguna facebook itu, mungkin mahukan pemimpin yang hanya tahu menyalak, hanya tahu bercakap, tetapi tidak mampu menunaikan apa yang dicakap.

Bagi rakyat majoriti Sabah, Musa adalah pemimpin yang telah memartabatkan rakyat dan negeri Sabah. Selagi Sabah dipimpin Musa dan Bn, maka Sabah akan terus membangun dan maju. Majoriti rakyat Sabah tidak mahu, menerima pemimpin yang hanya tahu membuat janji retorik dan janji-janji bulan bintang. Harap-harap pengguna facebook itu memikirkan semula pendirian, dan mencari fakta-fakta betul, sebelum terikut-ikut, sebagai sebahagian daripada tikus membaiki labu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook