Latest News

Friday 8 September 2017

Tiada Hari Tidak Memajukan Sabah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Bila pilihanraya semakin hampir maka banyaklah kata-kata indah daripada pemimpin kita... Oleh FB Jovilis Majami (screenshot)

Terbukti sangat, bahawa kenyataan pengguna facebook itu, tidak mengikuti tindakan dan cara kerja Datuk Seri Musa Aman.

Musa dalam diari kehidupan beliau sebagai pemimpin utama Sabah, tiada hari tidak memikirkan kemajuan Sabah dan rakyatnya.

Sebagai hasil daripada tindakan beliau sejak dilantik ke jawatan Ketua Menteri pada Tahun 2003, bukan sahaja kemajuan dan pembangunan Sabah menjadi rancak, akan tetapi juga pendapatan negeri terus melonjak yang ditandai kemampuan kerajaan mempunyai simpanan kewangan lebih RM3bilion sejak Tahun 2012, berbanding Tahun 2003, hanya RM184juta.

Demikian juga bajet negeri daripada sedikit di atas RM1bilion, melonjak ke paras RM4 bilion.

Kenyataan Musa yang disiarkan surat khabar tempatan pada 8 September, bertajuk: Sabah terus tingkat taraf hidup rakyat dan diberi komen oleh pengguna facebook itu, kononnya kenyataan seumpama itu, hanya keluar menjelang diadakan pilihan raya umum.

Kalaulah pengguna facebook itu mengikuti perkembangan kepimpinan Musa, tajuk yang lebih hebat lagi telah banyak disiarkan oleh media tempatan, malah media arus perdana.

Pengguna facebook itu, nyata ketinggalan kereta api, dan menggambarkan bagai mana amaturnya beliau dalam perkembangan pembangunan dan kemajuan rakyat dan negeri Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook