Latest News

Tuesday 19 September 2017

Tun Dr Mahathir Sudah Tenat


1. Penyakit Tun Dr Mahathir dalam melihat orang lain, bahawa setiap tindakan orang lain, adalah melalui modus operandi yang sama yang beliau lalui.


2. Pada masa pemerintahan beliau, beliau gagal mendapat sumbangan daripada Raja Arab Saudi. Apabila DS Najib mendapat sumbangan, maka beliau tidak percaya, bahawa Perdana Menteri itu mampu mendapatkan sumbangan.

3. Apabila pertumbuhan KDNK negara terus meningkat, apabila DS Najib mampu mengurangkan defisit bajet negara, apabila perdagangan negera mencecah trilion ringgit, apabila perdagangan negara sentiasa surplus, mantan Perdana Menteri itu, tidak percaya. 

4. Dalam keadaan perekonomian negara yang melonjak naik, dalam keadaan positif, mantan PM itu mendakwa sebaliknya, kononnya negara bakal muflis, negara merupakan negara gagal.

5. Apabila mantan Perdana Menteri itu bertemu George Bush Jr Di Hong Kong, menerusi pelobi, maka beliau percaya, DS Najib Razak boleh bertemu (jauh sekali dijemput) Presiden Amerika, adalah menerusi pelobi. 

6. Tun Dr Mahathir tidak dapat menerima keupayaan orang lain, melainkan, jika orang lain itu bertindak seperti mana yang beliau lakukan, maka perlu mengikut apa yang beliau lakukan. Bertemu George Bush, beliau perlu membayar pelobi, maka DS Najib Razak bertemu Donald Trump, juga adalah melalui pembayaran kepada pelobi.

7. Rafizi Ramli, siap dengan nama-nama tertentu, kononnya, individu-individu itu telah menerima sekian banyak wang, sebagai dorongan, untuk melobi, agar DS Najib Razak dapat bertemu Presiden Amerika ke-45 itu.

8. Sudahlah kecemburuan dan kemarahan Tun Dr Mahathir terhadap lawatan Barack Obama ke Malaysia, di mana lawatan itu, dalam tempoh masa hampir 50 tahun, berulangnya lawatan Presiden Amerika ke Malaysia.

9. Obama, dalam tempoh pemerintahan beliau telah melawat Malaysia sebanyak dua kali, semuanya berlaku semasa DS Najib Razak Perdana Menteri.

10. Kemarahan Tun Dr Mahathir sungguh memuncak, apabila Donald Trump bukan sahaja bertemu DS Najib Razak, akan tetapi menjemput Perdana Menteri ke-6 negara itu ke Rumah Putih. 

11. Jemputan Presiden Amerika ke Rumah Putih bagi sebuah negara kecil seperti Malaysia pada tahun pertama pemerintahan, merupakan jemputan luar biasa, kerana bukan amalan biasa.

12. Bermula sejak Julai 2015, puak-puak Mahathir membuat dakwaan, bahawa DS Najib Razak dalam perhatian FBI, CIA, dan bakal ditangkap jika melawat luar negara. Namun, semua dakwaan itu, semuanya didapati satu pembohongan abad ini, apabila pada 12 September, DS Najib bukan sahaja disambut di Rumah Putih oleh Presiden negara itu, akan tetapi oleh Naib Presiden, Setiausaha Negara, Menteri Pertahanan, dengan kata lain, Perdana Menteri disambut oleh pemimpin No 1, No2, No 3 , No 4, Negara Paman Sam itu.




13. Mengapa kah Tun Dr Mahathir, mahu penyakit yang ada pada beliau, juga perlu menyerang orang lain? Apa kah penyakit yang beliau buat menerusi kerugian Bank Negara, dan syarikat GLC lain semasa beliau memerintah perlu juga berjangkit pada kepimpinan DS Najib???

14. Kepada rakyat Malaysia yang rasional, perlu mengambil iktibar!!!!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook