Latest News

Tuesday 31 October 2017

Antara Shafie dan Musa Siapa Lebih Berpengalaman ?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) PERTARUNGAN HABIS-HABISAN ANTARA MUSA AMAN, SHAFIE APDAL PADA PRU14... Oleh FB Political Activist – Warisan Sukau (screenshot) (screenshot)


Perbezaan antara dua pemimpin itu sungguh banyak, baik dalam politik mahupun rekod. Musa tiada rekod salah guna kuasa, manakala Shafie sebaliknya.


Musa sebelum menceburi diri dalam politik merupakan seorang usahawan yang berjaya termasuk mempunyai syarikat bank sendiri, manakala Shafie hanya mantan pegawai kerajaan yang makan gaji.

Pengelibatan Musa dalam politik bermula daripada Usno, sedangkan Shafie, hanya bermula selepas Umno masuk ke Sabah.

Di awal kemasukkan Umno ke Sabah, Musa adalah bendahari parti, manakala Shafie hanya menumpang daripada bapa saudara beliau Datuk Sakaran Dandai (kini Tun).

Kekayaan Musa bukan kerana pengelibatan beliau dalam politik, sebab beliau sudah kaya, malah beliaulah yang mengeluarkan dana kepada parti sebelum Umno menjadi tunjang kerajaan negeri, manakala Shafie tiba-tiba jadi kaya raya selepas menjadi menteri KKLW. 

Kini MP Semporna itu disiasat SPRM berkaitan skandal dana RM7.5bilion KKLW semasa beliau menjadi menteri.

Tuduhan kepada Shafie jelas dan nyata, manakala tuduhan terhadap Musa, hanya ciptaan, tiada asas.

Dalam segi politik, Musa bukan sahaja disokong para pemimpin Umno akan tetapi para pemimpin komponen parti, manakala Shafie hanya disokong oleh mereka yang kenyang projek semasa beliau masih menteri.

Antara Musa dan Shafie, perbezaannya ibarat langit dan bumi.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook