Latest News

Thursday 12 October 2017

Apa Kah Aduan Rakyat Itu Berunsur Rasuah?


1. RANCANGAN SPRM menyenaraikan ranking Kementerian dan Agensi kerajaan berkaitan rasuah, akan membawa dua pengertian:- Pengertian Pertama, bahawa rasuah memang sudah menjadi kronik di negara ini, dan pengertian kedua, bahawa Malaysia mahu mendahului dunia, bahawa pembentarasan rasuah merupakan agenda negara.


2. Oleh kerana rakyat negara ini, sangat peka terhadap persepsi, dan menghukum seseorang itu sebelum didapati bersalah oleh mahkamah, maka rancangan SPRM itu, akan memberi impak negatif bukan sahaja terhadap kerajaan, malah kakitangan awam yang berkhidmat pada sesebuah kementerian atau agensi yang berada pada ranking teratas.

3. Apa kah metodologi yang bakal digunakan agensi pembasmi rasuah itu? Apa kah berasaskan aduan semata-mata? atau kah berasaskan kertas siasatan yang dibuka, atau kah berasaskan jumlah tangkapan di sesebuah kementerian atau agensi.

4. Jika melihat pada tindakan agensi itu pada masa kini, nampak gayanya Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Kemajuan Wilayah (KKLW) akan menepati ranking teratas, sebabnya, dana awam yang sedang disiasat bukan calang-calang besarnya, iaitu RM7.5bilion. Jika demikian, akan adil kah kepada Menteri yang baru dilantik ke kementerian tersebut? Demikian juga apa yang berlaku di Kementerian Sumber Manusia, di mana berlakunya penyelewengan RM40juta, yang mana wang itu adalah untuk latihan para belia. Dalam situasi ini, bermakna, kementerian itu akan juga menduduki ranking teratas. 

5. Tidak dilupakan, Kementerian yang membawahi PDRM, Imigresen, Kastam, malah JPJ, akan juga menempati ranking, kerana kalau melihat, komen-komen di laman sosial, terlalu banyak komen negatif terhadap angensi-agensi itu. Jangan lupa juga, di pihak SPRM itu, ada petulang, sehinggakan agensi itu tidak juga luput daripada komen-komen berkaitan rasuah.

6. Pokok pangkalnya, rasuah wujud, kerana karenah birokrasi. semakin berlikunya birokrasi, maka semakin terbuka perbuatan rasuah. 

7. Rasuah tidak semestinya hanya dilakukan penjawat awam sahaja, akan tetapi oleh mereka yang berurusan dengan penjawat awam.

8. Rasuah tidak akan berlaku sepihak, akan tetapi dua belah pihak pemberi dan penerima. Penerima tidak akan sewenang-wenangnya membuka mulut meminta habuan, jika tiada isyarat daripada pemberi. Biasanya rasuah akan berlaku, apabila pemberi memberi isyarat. 

9. Jika unsur rasuah itu, berpunca daripada pemberi, bagai mana SPRM dapat menyelusurinya? Amalan yang sedang berkuatkuasa, pemberi boleh ditangkap, jika “bakal penerima” membuat aduan, dan melalui “aduan” itu, maka memperangkap si pemberi. Jika si pemberi tidak dapat ditangkap dengan “bukti” maka ianya akan jadi seperti angin berlalu, terasa, tetapi tidak dapat disentuh.

10. Oleh kerana berbagai impak yang bakal terwujud melalui rancangan SPRM membuat ranking rasuah, maka sebelum cadangan itu dilakukan, satu kajian menyeluruh perlu dibuat. Sebabnya, kita mesti berpaksi kepada, seseorang itu belum bersalah, selagi tidak dapat dibuktikan bersalah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook