1. SEJARAH akan tercipta dalam negara ini, apabila kaum bukan majoriti
menjadi Perdana Menteri. Jika itu berlaku, maka yang paling gembira
adalah kaum melayu. Mengapa kaum melayu bergembira? sebabnya, kerana
akibat berpecah, maka kaum minoriti menjadi pemimpin mereka.
2.
Adalah satu keperluan, kaum minoriti menjadi pemimpin kepada kaum
majoriti, bagi menunjukkan bagai mana sesuatu kaum itu bersatu.
3.
Mengapa kaum minoriti boleh menjadi Perdana Menteri, dalam perkara ini
Lim Kit Siang? jawabnya hanya satu KAUM CINA sebulat hati menyokong
beliau menerusi parti DAP.
4. Bagi melengkapkan kerusi DAP,
maka kaum cina yang ditandingi rakan parti itu seperti PKR, PPBM dan
Amanah, juga sebulat suara menyokong calon-calon daripada parti itu.
Oleh kerana undi melayu berpecah, walaupun majoriti pada sesuatu
kawasan, maka akan kalah.
5. Apabila Lim Kit Siang menjadi
Perdana Menteri, maka kaum melayu akan terjun ke sungai dengan
labu-labunya. Apabila Nasi menjadi bubur, menyesal dahulu berpendapatan,
menyesal kemudian tidak berguna.
6. Mungkin kaum melayu, dapat
bersatu semula apabila dipimpin kaum minoriti. Sejarah kaum melayu,
robohnya Kota Melaka, kerana angkara kaum itu sendiri.
7.
Kenyataan dua pemimpin Sabah- Datuk Salleh Tun Said dan Datuk Rahman
Dahalan, ekoran kenyataan Dato Seri Najib Razak semasa PAU Umno pada
Disember 2016. Menurut Perdana, pada PRU-14, rakyat akan memilih
kerajaan, samada ditunjangi UMNO atau DAP.
8. Melihat kepada perpecahaan kaum melayu di Semenanjung, nampak gayanya, kenyataan Perdana Menteri itu akan menjadi kenyataan.
9.
Pada PRU-13, jumlah kerus parlimen yang dimenangi Bn dan pembangkang,
hanya berbeza 5 kerusi, di mana Bn mendapat 85 berbanding pembangkang,
namun daripada segi undi popular, bn kalah.
10. Bn dapat
mempertahankan Putrajaya apabila secara keseluruhan menang 133, 25
sumbangkan Sarawak dan 23 sumbangan Sabah dan WP Labuan.
11.
Memang di atas kertas, terlalu jauh bagi Lim Kit Siang menjadi Perdana
Menteri, kecuali menang 103 kerusi parlimen di Semenanjung dan
mempertahankan 9 kerusi di Sabah dan Sarawak. Jika demikian halnya, maka
Bn Semenanjung hanya menang 62 kerusi daripada 165 kawasan parlimen.
Dalam kedudukan demikian, sudah tentunya, kawasan-kawasan yang
ditandingi MCA, MIC kalah keseluruhannya, dan sebahagian kawasan tradisi
Umno.
12. Perlu diingat, dalam poltik semua serba
berkemungkinan. Pada Tahun 1985, tiada yang menyangka Parti Berjaya di
Sabah pimpinan Datuk Harris Salleh kalah teruk, malah hanya menang 6
kerusi baki daripada 48 sebelum pilihan raya.
13. Demikian juga
pada PRU-2008, siapa yang menyangka, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan
Perak jatuh ke tangan Pembangkang? Sedangkan masa itu, tiada “figure”
dalam parti pembangkang, kecuali Lim Kit Siang dan Mendiang Karpal
Singh, manakala Dato Seri Anwar Ibrahim belum boleh menyertai pilihan
raya itu kerana kehilangan kelayakan untuk bertanding.
14. Wahai
kaum melayu, berfikir lah secara rasional, sebelum terlambat. Jangan
jadikan negera anda, menang sorak, akan tetapi kampung tergadai.
0 comments:
Post a Comment