Latest News

Thursday 5 October 2017

Bagaimana cara Permohonan Tanah Di Tambunan?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kalau permohonan ini di luluskan maka dengan jelas CM Sabah Musa Aman... Oleh FB Mike Lius (screenshot)

Notis yang ditampal di Papan Notis di Pejabat Daerah Tambunan itu, adalah proses biasa, jika ada permohonan tanah.

Setiap permohonan tanah, perlu membayar kepada Pemungut Hasil Negeri. Oleh kerana bayaran sudah dibuat, maka satu notis berkaitan permohonan itu perlu dikeluarkan.

Notis seumpama ini, hanya merupakan 0.1% daripada proses memohon tanah. Ertinya, permohonan seumpama itu, kebarangkalian untuk diluluskan amat tipis sekali, malah hanya disimpan dalam fail. Kecualilah, syarikat itu mahu melabur dalam ladang kelapa sawit untuk tempoh masa tertentu, dan jika itu duduk perkaranya, tanah seluas yang dipohon boleh diberikan TOL (sijil menduduki sementara), dan bukannya milik kekal.

Kerajaan negeri sejak Tahun 2006, telah memansuhkan pemberian geran kekal, kecuali geran komunal.

Jika kawasan itu, merupakan kawasan yang memerlukan geran komunal, dan penduduk yang menduduki kawasan itu, akan bekerjasama dengan syarikat pelabur itu untuk membangun tanah dengan menanam kelapa sawit atau getah atau tanaman lain.

Jika permohonan itu, memohon tanah kerajaan, ianya tertakluk kepada keputusan Dewan Undangan Negeri, itupun kebenaran hanya berbentuk TOL.

Jika benar kawasan yang dipohon itu kosong, maka apa salahnya jika dimajukan. Jika dimajukan, maka membuka peluang pekerjaan, selain pendapatan untuk negeri dalam bentuk cukai.


  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook