Latest News

Thursday 5 October 2017

Bajet 2018: Apa Harapan Rakyat?


1. Harapan rakyat pada sesuatu bajet, ada dua- aktiviti ekonomi yang boleh membuka peluang pekerjaan dan pada masa yang sama dapat menambah pendapatan. Kaedah ini sahaja yang boleh melawan peningkatan sara hidup dan mengatasi inflasi.


2. Jika kaedah itu yang ditempoh, maka Bajet 2018 sudah tentunya memerlukan peruntukan untuk pembangunan.

3. Setiap bajet negara ini, lebih 80% untuk perbelanjaan mengurus, dan kurang 20% untuk tujuan pembangunan.

4. Kalau lah bajet 2018 akan mengutamakan aktiviti ekonomi yang boleh menjana pendapatan, maka sudah tentunya akan diambil kira menambah peruntukan untuk pembangunan.

5. Perbelanjaan mengurus termasuklah kenaikan gaji penjawat awam, menambah peruntukan untuk kepentingan rakyat seperti peruntukan untuk kesihatan, pendidikan, pertahanan dan sebagainya.

6. Peruntukan untuk pembangunan, akan membuka banyak peluang pekerjaan, akan membuka bentuk ekonomi baru.

7. Apa kah bajet 2018, baik Persekutuan mahu negeri akan mempertimbangkan perbelanjaan untuk pembangunan, sama-sama kita tunggu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook