Latest News

Saturday 28 October 2017

Bajet 2018 Negara: Memangpun Bajet PRU-14


1. Apabila Dato Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2018 berjumlah RM280.25bilion meningkat RM19.45bilion berbanding Bajet 2017, dan peningkatan itu kerana pendekatan jangka pendek seperti bantuan kepada rakyat seperti petani, penoreh, pekebun, nelayan yang berjumlah RM6.5bilion, selain pembangunan kemudahan asas luar bandar bagi Sabah dan Sarawak, seperti pemasangan jalur lebar, bekalan air bersih, bekalan elektrik dan jalan-jalan kampung.


2. Meskipun Perdana Menteri sedar, bahawa kesan penganda atau impak kepada ekonomi negara bagi perbelanjaan yang diberikan kepada kumpulan sasar itu tidak sebesar mana, namun peruntukan seumpama itu menunjukkan bahawa Perdana Menteri begitu komited terhadap golongan sasar tersebut.

3. Juga menerusi Bajet tersebut, Perdana Menteri masih mengakui, bahawa daripada 37 juta rakyat negara ini masih masih ramai rakyat negara ini yang perlu dibela.

4. Jika mengandaikan 7 juta penerima BR1M meliputi 14juta rakyat, makna kata 38% rakyat negara masih perlu dibela kerajaan. Menyedari itu, maka kerajaan mengwujud KRIM 2.0 sehingga 2000 buah diseluruh negara, yang mana kedai tersebut akan menjual 5 jenis makanan keperluan harian rakyat dengan harga rendah berbanding harga pasaran. Kedai itu juga akan menjual 50 jenis barangan pelengakap, namun harga dipastikan jauh lebih rendah berbanding harga jualan di premis-premis lain.

5. Melihat kepada Bajet tersebut, nampaknya negara ini, merupakan negara perkhidmatan, kerana perbelanjaan mengurus merupakan 83% daripada keseluruhan Bajet berbanding pembangunan kurang daripada 17%.

6. Nampak gayanya, bajet seimbang antara pengurusan dan pembangunan, masih jauh dalam capaian negara. Sebabnya, bajet masih tidak terlepas kepada imbuhan kepada penjawat awam baik yang masih aktif atau yang telah besara, masih terdapatnya ramai rakyat yang perlu dibela secara jangka pendek, samada menerusi bayaran beterusan atau one-off, seperti bantuan kepada lanjut usia, ibu tunggal dan penggiat-penggiat agama atau penggiat-penggiat kampung seperti JKKK.

7. Akan tetapi pujian perlu diberikan kepada DS Najib Razak, kerana beliau memacu industri perumahan dalam perkara ini, merancakan peniaga-peniaga “hardware” kerana meneruskan program pembinaan perumahan baik bagi orang awam mahupun keselamatan. 

8. Memperuntukan masing-masing RM1bilion bagi Sabah dan Sarawak untuk menaik taraf sekolah-sekolah daif, mempertingkan industri IBS (industrialised buliding systems, bahan binaan siap guna, khususnya di dua buah negeri tersebut.

9. Bagi Sabah, seperti mana maklum balas Ketua Menteri Sabah- Tan Sri Musa Aman, bahawa Bajet 2018, merupakan bajet inklusif dan menggambarkan bagaimana Perdana Menteri ke-6 negara itu benar-benar membela rakyat yang perlu dibela.

10. Melihat kepada Bajet tersebut, memang bajet itu merupakan Bajet PRU-14, kerana menerusinya, rakyat negara ini dapat menilai, bahawa Kerajaan Barisan Nasional menunjukkan sebagai kerajaan untuk semua, tidak melihat kepada latar belakang politik.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook