Latest News

Monday 23 October 2017

Banjir Kota Belud Impak Gempa Bumi Ranau 2015

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) penang banjir rahman dahlan mengamok... Oleh FB Mike Lius (screenshot)

Gempa bumi Ranau 2015 bukan sahaja beribu tan tanah campur batu mengalir ke sungai sungai di Kota Belud, akan tetapi batang-batang kayu juga turut sama.


Apabila beribu tan tanah masuk sungai, maka ianya menjadi endapan. Apabila menjadi endapan, maka sungai menjadi cetek. Apabila sungai menjadi cetek, bila hujan turun maka sungai tidak dapat menampung. Apabila air tidak tertampung, maka air melimpah di kawasan-kawasan rendah. Sebab itulah, banjir Kota Belud minggu lalu merupakan bencana banjir terbesar melanda daerah itu dalam tempoh 57 tahun.

Kota Belud pernah dilanda banjir besar pada tahun 1960.

Pemimpin bersama kerajaan mencuba mengurangkan berlakunya banjir melalui pelurusan sungai-sungai, mendalam kuala, dan dikatakan peruntukan sebesar RM70juta sudah diluluskan.

Mengorek endapan di sungai-sungai Kota Belud memerlukan masa dan peruntukan yang besar. Peruntukan sebesar RM70juta terlalu sedikit berbanding kerja-kerja yang dihadapi.

Kerajaan perlu berbelanja, bagi membantu rakyat, kerana impak banjir terhadap kerosakan harta benda rakyat setiap kali banjir cukup besar. Cuba bayangkan tahun ini sahaja, sudah puluhan banjir kilat berlaku di Kota Belud.

Rakyat tidak boleh menyalahkan pemimpin, kerana pemimpin juga merupakan rakyat biasa dan tiada kemampuan melawan kuasa alam.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook