Latest News

Monday 23 October 2017

Banjir Kota Belud- Mengapa Syarikat Besar Tidak Berminat Bantu?


1. Syarikat besar hanya berminat membantu jika ada pulangan. Seperti kata seorang teman, syarikat besar membantu, jika bantuan itu boleh mengecualikan bayaran cukai, atau setidak-tidak ada peluang perniagaan.


2. Mungkin Kota Belud tiada peluang perniagaan, kalau adapun perlu bergelut dengan petani atau nelayan. Potensi mengaut keuntungan sukar diramal jika berkait dengan alam, apa tah lagi tanaman berumur jangka pendek seperti padi, demikian juga hasil laut, bergantung ikan laut dalam perjalanan mengelilingi dunia.

3. Mungkin kerana potesi Kota Belud sedikit, maka syarikat-syarikat besar enggan turun membantu.

4. Tidak diketahui, apa kah bantuan yang diberikan petugas penyelamat ada sumbangan daripada syarikat-syarikat? Apa yang pasti, sumbangan itu kalau bukan daripada kerajaan akan tetapi peruntukan wakil-wakil rakyat, samada ADUN atau Parlimen.

5. Musibah banjir seumpama ini yang melibatkan ramai penduduk, bukan sahaja yang terpaksa dipindahkan akan tetapi mereka yang tidak.

6. Bayangkan ada kampung-kampung lebih 3 hari tiada bekalan elektrik, tiada bekalan air, stok makanan kehabisan. Bukan tidak boleh membeli, akan tetapi perhubungan terputus.

7. Jika sekirannya ada bantuan daripada syarikat-syarikat besar, seperti dilakukan terhadap pelarian Rohingya di Bangladesh, di mana pesawat moden TUDM digunakan dan kini pesawat MHB, dengan menghantar lebih 50tan bantuan, alang kah berbahagianya penduduk Kota Belud yang terjejas.

8. Dahulu pengalaman penulis di kala dilanda banjir, walaupun tiada bantuan yang datang, akan tetapi ada padi untuk ditumbuk dijadikan beras, ada ayam untuk disembelih. Ikan sepat, karuk, tilapia, jangan cakap lah, naik sendiri di darat. Namun kini, tiada lesung padi lagi, tiada yang menyimpan padi lagi, tiada yang memelihara ayam, tiada ikan sepat dan karuk lagi. Kesimpulannya, berlapar lah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook