Latest News

Thursday 19 October 2017

Begitulah Pembangkang Tuduh Mencuri, Tetapi Tiada Barang Hilang

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Musa Aman, Pairin, Madius, Joseph Kurup, Salleh Keruak, Abd. Rahman Dahlan, Teo Chee Kang, Raymond Tan dan lain-lain ADUN 2 dan MP2 dari Sabah... Oleh FB Thomas Leung (screenshot)

Apabila satu pihak yang mahu merampas kerajaan, tiada isu yang boleh dijual kepada rakyat, tiada isu yang boleh digunapakai untuk menumbangkan kerajaan, maka CARA MUDAH, adalah MENUDUH pemimpin kerajaan sebagai PENCURI DAN PEROMPAK. 


Kalau sekirannya, tindakan mereka yang menuduh pencuri dan perompak itu semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir, 100% mereka itu akan menjadi penghuni Kem Kamunting, Perak.

Namun, di era DS Najib Razak menyimpan orang di Kem Kamunting, tidak bakal berlaku lagi, kerana ISA senjata utama Tun Dr Mahathir telah dimansuhkan.

DS Najib dan pemimpin Bn hanya menyerahkan kepada rakyat, berkaitan tuduhan para pembangkang, kerana rakyat negara ini sudah tahu menilai cerita bohong dan fitnah, kecuali mereka yang termasuk mencipta dakwaan itu.

Satu pertanyaan mudah, ADA BARANG ATAU WANG ANDA DICURI? ATAU ADA LAPORAN DARIPADA SESIAPA KAH BAHAWA WANG MEREKA DICURI?

Setakat ini, TIADA terdengar, ada wang yang dicuri atau ada laporan wang yang dicuri, apa yang berlaku, HANYA penyelewengan yang dilakukan oleh mereka yang berada dalam Pembangkang. Tun Dr Mahathir dengan perjudian wang Bank Negara, Shafie dengan dana KKLW yang berbilion ringgit, Lim Guan Eng dengan skandal terowong Pulau Pinang, skandal tanah kerajaan yang diubah status pemilikan dan sebagainya.

Ada lah sesuatu yang lazim, orang yang melakukan kesalahan, akan cuba meneggakkan batang basah, suara naring, seolah-olah tidak melakukan kesalahan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook