Latest News

Sunday 15 October 2017

Bekalan Air Bersih Kota Belud- Hanya 69%: Datuk Rahman


1. Sabah merdeka sudah 54 tahun. Memandangkan bekalan air bersih Kota Belud pada masa terkini hanya 69%, cuba bayangkan 10 tahun atau 20 tahun lalu.


2. Tahun 2010, Jabatan Air Kota Belud telah mendapat peruntukan RM114 juta daripada Persekutuan untuk membina kemudahan bekalan air bersih Daerah itu, di mana menurut perancangan awal, jumlah peruntukan sebesar itu dapat meliputi 95% penduduk Kota Belud.

3. Namun, berasaskan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga MP Kota Belud- Datuk Seri Rahman Dahalan pada Jumaat di Kg Kesapang, Kota Belud, menunjukkan bahawa perancangan awal menerusi dana yang diperolehi, tidak menepati sasaran.

4. Dana RM114 merupakan dana yang disalurkan Kerajaan Persekutuan menerusi KKLW.

5. Menerusi kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, memerkukuh lagi tindakan SPRM terhadap dana RM7.5bilion KKLW bermula tahun 2009-2015, di mana dikatakan sekurang-kurangnya RM1.5bilion daripada dana itu diselewengkan.

6. Dari peringkat awal, memang berlaku berbagai masalah semasa melaksanakan projek bekalan air bersih luar bandar (BALB) Kota Belud, antaranya kontraktor yang dilantik KKLW tidak menyiapkan projek, atas sebab perlantikan kontraktor baru perlu dilakukan. 

7. Adalah lumrah, apabila perlantikan kontraktor baru, maka tambahan kos berlaku atau dengan kos yang sama, akan tetapi skop kerja yang lebih kecil atau sedikit.

8. Melihat kepada kenyataan Dato Seri Rahman berkaitan liputan BALB Kota Belud hanya 69%, makna kata, 31% rakyat Kota Belud masih dinafikan dengan bekalan air bersih untuk 54 tahun. 

9. Tempoh masa 54 tahun, bukan singkat, akan tetapi lebih setengah abad. Bayangkan dalam tempoh masa itu, rakyat sebuah negeri yang merdeka, akan tetapi, kemudahan asaspun, belum dirasakan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook