Latest News

Friday 20 October 2017

Bergembira Kerana Ada Kuasa- Menangis Kerana Salahguna Kuasa


1. Apabila hak orang lain dikebas, lambat laun sipelaku merasakan sendiri balasan atas perbuatannya. 


2. Tun Dr Mahathir memerintah selama 22 tahun, kemudiannya apa yang beliau dilakukan, beliau rasakan sendiri. Demikian juga pemimpin lain yang bertindak sama, merasakan sendiri impak kepada tindakan mereka itu.

3. Isu yang sangat panas ketika ini, adalah siasatan SPRM terhadap dana RM7.5bilion KKLW untuk rakyat luar bandar Sabah. Dikatakan RM1.5bilion daripada dana itu diselewengkan.

4. Sejak skandal itu mula didedahkan, ramai mnuding jari kepada menteri yang bertanggungjawab berkaitan dana itu, iaitu Datuk Shafie Apdal.

5. Memang menjadi bualan umum, sejak Shafie menerajui KKLW ramai individu yang termasuk dalam inner circle beliau tiba-tiba jadi kaya raya. Demikian juga Shafie, daripada latar belakang sebagai pegawai kerajaan, tiba-tiba menjadi jutawan.

6. Apa yang menjadi musykil sekarang, MP Semporna itu menjadi kaya raya semasa beliau bersama Umno, semasa bersama kerajaan. Dengan pengertian demikian, maka menjadi pemimpin Umno dan menteri dizaman Umno, seseorang yang tiada latar belakang mempunyai kekayaan boleh menjadi kaya raya.

7. Rakyat negara ini, tidak buta semua, sebab itu, ada yang menjadi pembangkang. Namun, menjadi pembangkang juga tidak tidak terlepas seseorang itu menjadi kaya. Tidak menjamin, seseorang itu tidak menyalahgunakan kuasa. Lihat di Selangor, Azmin Ali salah seorang pemimpin terkaya, demikian juga di Pulau Pinang, sebahagian besar pemimpin negeri itu yang sedang memerintah sudah kaya raya, termasuk Lim Guan Eng.

8. Pokok pangkalnya, adalah sifat pemimpin itu sendiri. Jika pemimpin memang menjadi pemimpin kerana membela rakyat, maka diakhir kerjayanya, tidak berakhir dengan kekayaan. 

9. Banyak pempin masa lalu, selepas besara tidak mempunyai apa-apa, selain wang pensin, namun ada juga pemimpin selepas besara, semacam kerap mendapat loteri sepanjang kerjaya.

10. Melalui siasatan SPRM terhadap Datuk Shafie Apdal, serta beberapa individu yang rapat dengan beliau, maka akan terdedah, punca sebenar kekayaan mereka.

11. Tetapi apa yang malang, punca kekayaan mereka itu, adalah menerusi perampasan hak rakyat yang memerlukan; hak rakyat luar bandar yang sudah menunggu berdekad lamanya. 

12. Paling menyedihkan, ada hak orang miskin, iaitu hak pelajar miskin luar bandar, untuk membeli makan tambahan turut juga dikebas.

13. Semalam Datuk Shafie ditahan SPRM kira-kira pukul 9 malam, namun dua setengah jam kemudian dikejarkan ke hospital kerana mengalami tekanan tinggi darah. 

14. Apa kah alasan sakit merupakan modus operandi baru? kerana sebelum ini Peter Anthony juga mengadu sakit dan dikejar ke hospital, namun sebaik dibebaskan, tiada tanda-tanda sakit pada Naib Presiden parti Warisan Sabah itu.

15. Sebelum ini, tidak terdengar, bahawa Shafie ada rekod tekanan darah tinggi, namun selepas disiasat, tiba-tiba pula mengalami darah tinggi. Apa kah pura-pura sakit, merupakan cara untuk mengelak disiasat? SPRM jangan terpengaruh dengan modus operandi baru ini.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook