Latest News

Monday 16 October 2017

Betul Kah Datuk Shafie Berpengaruh Di Pantai Timur Sabah?


1. Kawasan Pantai Timur Sabah meliputi kawasan Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau.


2. Memang betul, sejak kemasukan Umno ke Sabah, kawasan itu telah menjadi wilayah parti Umno.

3. Jika ada yang mengatakan bahawa kawasan itu berpihak kepada parti Umno, kerana tiadanya parti alternatif yang boleh dipilih rakyat, hanya merupakan tafsiran.

4. Sokongan rakyat kepada parti Umno, bukan berpaksi kepada pemimpin, akan tetapi perjuangan parti itu. 

5. Bagi ahli dan penyokong Umno, pemimpin boleh hilang berganti, akan tetapi ahli dan penyokong tetap menyokong parti, kerana perjuangan parti.

6. Kalaulah benar, rakyat menyokong Umno kerana tiada pilihan, kenyataan itu tidak benar. Sebabnya sebelum ini, ada parti PKR pimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim. Sejak penubuhan PKR, ramai pemimpin Umno menyertai parti itu, dan bertanding atas tikit parti itu, bukan sahaja di kawasan Pantai Timur, akan tetapi seluruh Sabah, namun tidak juga mendapat sokongan.

7. Peluang terakhir rakyat Sabah menyokong PKR adalah pada PRU-13, yang mana salah seorang pemimpin UMNO menyertai parti itu, namun tidak juga mendapat sokongan.

8. Kini, ada pihak termasuk pemimpin Bn daripada parti komponen, kononnya, rakyat Pantai Timur akan menyokong parti Warisan Sabah, kerana parti itu diterajui Datuk Shafie Apdal. Anggapan itu, sebenarnya tidak tepat, kerana ahli dan penyokong Umno bukan terletak pada pemimpin.

9. Kehadiran parti Warisan Sabah, sebenarnya, hanya mempengaruhi penyokong PKR dan DAP. Diperkirakan 60% penyokong dua parti pembangkang itu berkumpul pada parti Warisan. Adalah keterlaluan, jika tiada penyokong ahli Umno tidak menyebarang kepada parti yang diterjui Shafie, namun jumlahnya tidak sampai 5%.

10. Pada PRU-14, akan didapati, bahawa selepas Bn, akan dikuti parti Warisan Sabah daripada segi jumlah undi. Pada PRU-13, selepas Bn dikuti oleh PKR dan DAP.

11. Pada PRU-14, sekurang-kurang 29 DUN kawasan yang ditandingi Umno akan dimenangi, walaupun ada kawasan-kawasan majoriti kemenangan agak berkurangan.

12. Jika parti Warisan Sabah mendapat kerusi, ianya berlaku di kawasan yang bukan ditandingi Umno.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook