1. Apa kah kerana mantan pemimpin kerajaan kemudian menjadi pembangkang
merupakan hero? Kalau Shafie dikatakan hero, bermakna Datuk Lajim Ukin
lagi lah hero.
2. Lajim lebih dahulu menjadi wakil rakyat dan
lebih dahulu mewakili Umno, berbanding Shafie yang hanya bermula pada
tahun 1995.
3. Lajim keluar daripada kerajaan dan Umno pada
tahun 2012. Tujuan beliau menyertai pembangkang kerana mahu
menumbangkan kerajaan Bn Sabah yang diterajui Datuk Sri Musa Aman (kini
Tan Sri). Mengapa kah Lajim tidak mendapat jolokan hero? manakala Shafie
pula yang diberi jolokan hero!!!.
4. Mereka yang memberikan
gelaran bahawa Shafie merupakan hero kerana menentang Musa, sebenarnya
hanya berselindung pada tulisan yang disiarkan portal atas talian,
sebenarnya pemberi komen itu adalah penyokong Shafie.
5. Kini
Shafie bagaikan lembu patah tanduk, kerana terpalit dengan skandal dana
RM7.5bilion KKLW semasa beliau menerajui kementerian tersebut.
6.
Bagi Shafie, alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal
lengan. Beliau sedar, akan tenggalam, sebelum tenggelam, maka beliau
mahu pihak lain juga turut tenggelam.
7. Pada sidang akhbar
pertama beliau selepas dibebaskan daripada reman SPRM dengan jaminan,
beliau mengancam mendedehkan KONONNYA SALAH LAKU Tan Sri Musa Aman di
Dewan Rakyat. Mengapa beliau memilih Dewan Rakyat? sebabnya beliau
berlindung daripada imuniti parlimen, dengan itu Musa tidak boleh
menyaman beliau.
8. Tujuan PENDEDAHAN Shafie hanya bermaksud politik untuk mengwujudkan persepsi negatif terhadap Musa.
9.
Contoh bagai mana kenyataan MP Semporna itu mengwujudkan persepsi
negatif terhadap Musa, apabila menuduh bahawa Ketua Menteri itu
mempunyai jet, walaupun beliau tahu, bahawa Musa memang tidak memiliki
jet.
10. Di Sabah, tiada perorangan yang memiliki jet. Jika ada
jet yang digunakan orang-orang kenamaan, jet itu bukan milik perorangan,
akan tetapi milik Sabah Air Sdn Bhd, sebuah agensi Kerajaan Negeri.
11.
Shafie juga boleh menyewa Jet itu, dan sesiapa juga boleh menyewa jet
itu. Sama seperti helikopter milik agensi kerajaan itu, sesiapapun boleh
menyewa heli-heli tersebut.
12. Contoh lain, dakwaan Shafie
berkaitan Musa, apabila beliau mengaku bahawa Musa tidak kaya sebelum
menceburkan diri dalam politik. Sedangkan rakyat Sabah tahu, bahawa Musa
seorang peniaga yang berjaya malah mempunyai syarikat bank sendiri-
Sabah Finance Bhd.
13. Dakwaan lain Shafie terhadap Musa,
kononnya menerusi projek-projek KKLW banyak syarikat di mana Ketua
Menteri itu ada kepentingan menerusi proksi, mendapat projek-projek
daripada KKLW. Namun berasaskan fakta siasatan SPRM serta para individu
yang ditahan reman, semuanya merupakan para individu yang termasuk dalam
“inner circle” mantan menteri KKLW tersebut.
14. Hakikatnya Shafie
kini, melalukan pendekatan “nothing to lost”, sebab itu akan cuba
mengaitkan orang lain sebagai tindak balas, kerana akibat tindakan SPRM
terhadap beliau.
15. Shafie perlu sedar, apapun dakwaan beliau
terhadap pemimpin lain termasuk Musa, tidak akan semudah itu diterima
rakyat, kerana rakyat tahu, bahawa beliau ibarat seekor kerbau membawa
lumpur, mahu memalitkan lumpur pada orang lain.
16. Shafie kena
sedar, SPRM bertanggungjawab memberi tahu rakyat luar bandar yang
dinafikan hak berkaitan 350 projek KKLW yang bernilai RM7.5bilion di
mana menurut siasatan awal agensi itu, tidak kurang RM1.5bilion daripada
dana itu diselewengkan.
17. Selain itu, Shafie kena mengakui,
bahawa tiada pengelibatan Musa terhadap projek-projek yang dikendalikan
KKLW di Sabah, kerana kerajaan negeri tidak pernah di bawa berbincang
atau diberi taklimat, apa lagi terlibat.
0 comments:
Post a Comment