Latest News

Monday 30 October 2017

Dalam Politik Tiada Istilah “overstayed”


1. Faktor apa yang membuatkan seseorang pemimpin politik bertahan dalam dunia politik? Selagi pemimpin itu disokong oleh rakyat.


2. Dalam sistem politik berparlimen kita, tiada batas untuk seseorang ahli politik untuk terus memimpin.

3. Tan Sri Harris Salleh berkata, jika beliau masih sebagai Ketua Menteri 10 tahun lagi selepas tahun 1985, keadaan Sabah sekarang akan cukup berbeza.

4. Tan Sri Musa Aman menurut mantan Ketua Menteri Sabah itu, mengambil kedudukan Sabah, seolah-olah seperti permulaan parti Berjaya mengambil alih kerjaan negeri. 

5. Parti Berjaya pimpinan Harris telah memerintah Sabah daripada tahun 1976-1985.

6. Musa sebaik dilantik ke jawatan Ketua Menteri telah melancarkan Halatuju Sabah- Halatuju Pembangunan & Kemajuan Sabah menjelang Tahun 2025. Pada tahun itu, Sabah “take off” sebagai Negeri Maju.

7. Jawatan Ketua Menteri nampak sahaja mudah dan glamour, akan tetapi seseorang yang dilantik ke jawatan itu perlu mempunyai determinasi sebagai CEO sebuah syarikat besar. Sebagai CEO perlu mengamalkan prinsip manajemen POAC (Planning, Organiazing, Actuating and Controliing). Makanya, seseorang Ketua Menteri perlu merancang, bagaimana negeri mendapat kewangan, sumber kewangan bukan sahaja berasaskan kepada telah ada akan tetapi memikirkan sumber-sumber kewangan baru, mengurus sumber kewangan, kemudiannya kewangan yang ada itu digunakan untuk memajukan negeri dan rakyatnya. selain itu, seorang Ketua Menteri perlu menterjemahkan kehendak rakyat, dan seterusnya megawasinya.

8. Sebab itu, walaupun Musa bermula dengan hanya RM184juta simpanan kewangan negeri, yang mana jumlah itu terlalu sedikit berbanding dengan keperluan negeri, akan tetapi sesuai dengan pengalaman beliau sebagai peniaga dan CEO, beliau merangka bagaimana Sabah menambah pendapatan.

9. Kini, kerap kita dengan dan tahu, bahawa simpanan kewangan negeri sentiasa belegar-legar pada angka RM3bilon, sementara Bajet negeri juga berlegar-legar pada angka RM3.8-RM4bilion, malah pada tahun 2012 telah membuat rekod dengan jumlah RM4.088bilion.

10. Berbanding jawatan menteri, apa kah Persekutuan atau negeri, yang mana pada kedudukan itu, seseorang yang dilantik ke jawatan itu, telah diberikan peruntukan tertentu untuk dibelanjakan. makna kata seseorang menteri, hanya melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan sebaik mungkin. Sebagai contoh, jika dana sebesar RM7.5bilion diperuntukan untuk 350 projek luar bandar, maka wang itu perlu digunakan melaksanakan projek-projek tersebut. Jika itupun tidak mampu dilaksanakan, bagai mana boleh mengatur negeri yang memperlukan mencari wang sendiri, membelanjakan wang yang dicari itu. Jawatan Ketua Menteri seperti pesawah padi-menanam padi-menunai padi-menubuk padi-memasak nasi-baru dapat disantap. Berlainan dengan jawatan menteri, semuanya terhidang, hanya bertugas mengagih-agihkan hidangan itu kepada yang memerlukan.

11. Bagi Sabah, untuk sementara istilah jawatan Ketua Menteri “overstayed” tidak timbul, kerana setiap 5 tahun, mandat diminta daripada rakyat. Jika rakyat memberi mandat pada pemimpin itu, maka kepimpinan perlu diteruskan, lagipun Musa perlu memastikan HALATUJU Sabah tercapai, jika tidak, maka pembangunan dan Kemajuan Sabah akan tersendat, seperti mana perancangan Tan Sri Harris Salleh terhadap Sabah, tersendat atau terhakis, kerana berubahnya pemerintahan kerajaan negeri.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook