Latest News

Monday 9 October 2017

Dana KKLW RM7.5bilion- Pemimpin Parti Warisan Sabah Kalut


1. Datuk Shafie Apdal kelam kabut pulang ke Sabah, ekoran tertangkapnya beberapa individu yang ada hubung kait dengan projek-projek KKLW semasa beliau menerajui Kementerian KKLW.


2. Ekoran tindakan SPRM menangkap kontraktor yang banyak mengendalikan projek-projek KKLW di Sabah, Shafie mendakwa, tindakan itu bermotifkan politik.

3. Makna kata, SPRM bertindak atas pengaruh kerajaan. Jika demikian, Exco Kerajaan Johor, Tan Sri Isa Samad yang ditangkap SPRM, malah Exco kerajaan negeri itu sudah dihadapkan ke mahkamah, adalah tindakan kerajaan Bn mengarahkan SPRM menangkap orang sendiri.

4. Dakwaan Presiden parti Warisan Sabah itu, kononnya tindakan SPRM menyiasat dana KKLW sebesar RM7.5bilion adalah “witch hunt”.

5. Ekoran kenyataan MP Semporna itu, yang menganggap tindakan SPRM itu berupa “witch hunt”, Datuk Lajim Ukin Presiden Parti Harapan Sabah yang juga parti pembangkang, menempak mantan menteri KKLW tersebut.

6. SPRM menurut Lajim bertindak tiada maksud “witch hunt” kerana beliau sebagai mantan Timbalan Menteri Persekutuan, Mantan Timbalan Ketua Menteri dan Menteri, tidak pernah berdepan dengan siasatan SPRM.

7. Menurut ADUN Klias itu, jangan jadikan SPRM sebagai kambing hitam untuk menutup salah guna kuasa. 

8. Menurut Lajim, meskipun beliau dan Shafie sama-sama mahu menumbangkan kerajaan Bn Sabah, tidak bermakna beliau juga turut tutup mata, terhadap penyalah gunaan kuasa, jika benar-benar perkara tersebut berlaku.

9. Adalah kewajiban pemimin samada pembangkang atau kerajaan untuk memberi tahu rakyat perkara sebenar. Jangan kerana perkara buruk dan terkena batang hidung sendiri, maka terpaksa bertindak hipokrit.

10. Tidak terfikir kah, Shafie bagai mana penderitaan rakyat luar bandar yang dinafikan kemudahan asas!!! sudah lah puluhan tahun dinafikan semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir dengan tidak menyalurkan dana, malangnya apabila dana disalurkan, ianya diselewengkan oleh beberapa individu yang tidak bertanggungjawab. Inilah yang dikatakan, Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi.  
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook