1. JIKA benar saudara mara Datuk Shafie Apdal mendapat manfaat daripada
dana RM7.5bilion KKLW daripada Tahun 2009-2015, ianya satu bukti
“straight forward” adanya “complex of interest”.
2. Satu isu
serupa, apabila Datuk Pairin Kitingan didapati bersalah, kerana
meluluskan satu projek membina kedai di Tambunan di awal pemerintahan
PBS kepada satu syarikat di mana saudara mara beliau ada kepentingan.
3.
Melihat kepada tindakan SPRM, menahan reman adik beradik Shafie (Yusof
dan Hamid) serta Aziz jamman (saudara beliau), serta menantu Hamid
menunjukkan bahawa saudara mara Shafie itu mendapat kepentingan daripada
dana itu.
4. Jika demikian duduk perkaranya, meskipun tiada
penyelewengan terhadap dana itu, Shafie boleh dituduh menyalahgunakan
kuasa, seperti mana tuduhan kepada Datuk Pairin.
5. Skandal
dana RM7.5bilion dilihat sebagai kes salah guna kuasa, jika memang ada
bukti, Shafie memberikan kontrak kepada syarikat-syarikat, di mana
saudara mara beliau ada kepentingan.
6. Dalam keadaan ini,
istilah, seseorang itu dianggap tidak bersalah sebelum mahkamah
menjatuhkan hukuman bersalah, tidak tergunapakai.
7. Jika memang
benar, ada fakta dan bukti, bahawa saudara mara Shafie mendapat kontrak
atau syarikat-syarikat yang mendapat kontrak itu, saudara mara beliau
ada kepentingan, menjadikan skandal ini, sebagai kes salahguna kuasa
yang “straight forward”.
8. Kepada pemimpin dan penyokong parti
Warisan Sabah, jangan menuding jari, bahawa tindakan terhadap Shafie dan
saudara mara beliau ada kepentingan politik.
9. Sila baca semula akta SPRM 17(a) di mana skandal dana RM7.5bilion KKLW disiasat.
10. SPRM tidak akan bertindak menahan reman individu secara suka suka, jika tiada bukti pembabitan para individu itu.
11.
Petang ini, Datuk Shafie telah mula dirakam percakapan beliau di
Pejabat SPRM, Kota Kinabalu. Beliau tiba di penjabat agensi itu
kira-kira pukul 5.15 petang Khamis.
0 comments:
Post a Comment