1. Siasatan SPRM terhadap dana RM7.5bilion KKLW hampir “full circle”.
Mereka yang pernah menjadi “inner circle” rata-rata sudah ditahan reman.
Kalau melihat modus operandi penahanan, memang terlihat bahawa target
utama adalah Datuk Shafie Apdal.
2. Dalam skandal sebesar ini,
memang sah dilakukan oleh seseorang yang mempunyai kuasa. Memang
daripada segi argumentasi, Shafie tidak melakukannya seorang, akan
tetapi, beliau mendapat nasihat modus operandi dari seseorang atau
kumpulan orang, bagai mana mempergunakan SOP yang berkuat kuasa.
3.
Satu kejayaan Shafie adalah, beliau berjaya mengumpul para individu
yang mempunyai “kepala” yang sama, sebab itulah, LAPORAN KETUA AUDIT
NEGARA, tidak dapat megesan apa yang berlaku.
4. Kalau bukan
kerana keluhan rakyat luar bandar Sabah, tidak mungkin skandal
RM7.5bilion dana KKLW yang dikatakan tidak kurang RM1.5bilion telah
diselewengkan menjadi perhatian SPRM.
5. Cuba bayangkan berdekad lamanya rakyat luar bandar menunggu bekalan air bersih, bekalan elektrik, jalan raya kampung.
6.
Apabila mereka mengetahui bahawa kerajaan telah memperuntukan
berbilion ringgit untuk penyediaannya, namun malang sungguh selepas
semua wang itu habis dibelanjakan, meraka tidak merasakan kemudahan asas
tersebut.
7. Ramai pemimpin pembangkang termasuk Tun Dr
Mahathir mempersoalkan, apa kah siasatan terhadap dana itu bakal
dilakukan, jika Datuk Shafie Apdal masih bersama Umno? Soalan tersebut
membawa makna bahawa siasatan SPRM terhadap mantan menteri KKLW itu
bermotifkan politik.
8. Pengerusi parti PPBM itu cuba
mengelirukan rakyat, kononnya jika Shafie masih bersama Umno, maka SPRM
tidak akan bertindak. Namun, pada masa yang sama, beliau lupa, bahawa
ramai juga pemimpin yang disiasat malah telah dihadapkan ke mahkamah,
walaupun mereka masih bersama Umno.
9. Dakwaan pembangkang, jika
seseorang pemimpin menyertai pembangkang, maka bersedialah berdepan
dengan SPRM atau siasatan daripada pihak berkuasa. Namun, mereka tidak
memberi tahu rakyat, bahawa ramai juga pemimpin Bn dan Umno telah keluar
daripada parti, seperti Datuk Wilferd Bumburung, Datuk Lajim Ukin,
tidak juga berdepan dengan SPRM atau sebarang siasatan.
10.
Bumburing dan Lajim merupakan mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah,
mantan menteri, malah Lajim semasa keluar daripada Umno tahun 2012,
masih berjawatan Timbalan Menteri Persekutuan dan AMT Umno.
11.
Siasatan terhadap projek-projek KKLW daripada Tahun 2009-2015,
sebenarnya didorong oleh keluhan rakyat luar bandar yang diperkuat oleh
wakil-wakil rakyat di kawasan-kawasan di mana projek-projek itu
sepatutnya telah dirasai rakyat.
0 comments:
Post a Comment