Latest News

Monday 16 October 2017

Denda Daftar Lewat- Rakyat Mahu Membantu Kerajaan

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kerajaan UMNO-BN akan mengenakan denda Rm1000 kepada rakyat yang lewat mendaftar di pejabat JPN... Oleh FB Mike Lius (screenshot)

kelahiran anak yang didaftar lewat daripada 60 hari, dicadangkan untuk didenda RM1000 berbanding sekarang RM50. 


Tujuan denda itu, supaya ibu bapa bertanggungjawab mendaftarkan anak yang dilahirkan segera mungkin dalam tempoh 60 hari.

Adalah menjadi kesulitan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) apabila anak dilahirkan didaftarkan lewat, kerana menganggu sistem pendaftran.

Sistem pendaftaran dalam menentukan urutan kelahiran, telah dikelompokkan bahwa setiap kelahiran mempunyai urutan yang sama dalam tempoh yang ditetapkan, Jika kelahiran didaftarkan lewat daripada 60 hari, maka “satu window” terpaksa dibuka dalam sistem JPN.

Daftar lewat menyebabkan pegawai atau kakitangan JPN menyemak semula sistem pendaftara secara manual, bagi memberi urutan kepada kelahiran anak yang didaftar lewat itu, sesuai dengan tarikh kelahiran. Mengapa dijalankan penyemakan secara manual? sebabnya sistem JPN hanya dapat memberikan urutan nombor secara automatik, jika kelahiran didaftarkan dalam tempoh 60 hari.

Akibat pendaftaran lewat, para pegawai JPN terpaksa bekerja lebih masa, dan selain menggangu sistem pendaftaran. Atas sebab itulah, daftar lewat, tidak secara automatik mendapat nombor siri, akan tetapi terpaksa menunggu antara satu-dua bulan.

Denda RM1000, merupakan denda kepada mereka yang tidak mengikut peraturan. 

Kalau kerajaan memerlukan wang daripada daftar lewat, kerajaan akan mengenakan caj RM10,000 bukan RM1000. Kalau tidak mahu didenda, maka daftarlah pada tempoh yang ditetapkan. Kepada pengguna facebook itu (penyokong parti warisan) berkempenlah di kampung-kampung, keluar masuk kampunglah, beritahu rakyat, jika ada anak baru dilahrikan, maka perlu daftar dalam tempoh 60 hari, jika tidak, terpaksa membayar RM10,000, kerana kerajaan perlu duit.
Kalau rakyat yang ada anak dilahirkan tidak juga mendaftar dalam tempoh 60 hari, maka rakyat sedemikian, memang mahu membantu kerajaan. Jangan salahkan mereka.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook